Lets have break a while

Thursday, March 31, 2011

Ikan Tuna & Pari Panggang





31.03.2011 (Khamis)
Menu malam ni, Ikan Tuna Panggang dengan Pari Panggang...hmmm nyam nyam..
Pasti ramai yang pernah rasa pari panggang dengan ikan tuna panggang di bandar Kota Kinabalu. Memang sedap beb..especially sambalnya.
Aku bukan cerita pasal filipino market yang berdepan dengan Le meridien hotel. Pasar makan malam ni yang baru punya. Pasar malam ni terletak di belakang segama area & Hyatt hotel.  Biasa pada sebelah petang ramai orang akan pergi ke sini sambil menyaksikan matahari melabuhkan tirainya. Nice view!! kalau kaki photografer, tempat ni memang sesuai untuk ambik gambar sunset.
Tempat ni bukan saja terkenal dengan orang tempatan di Sabah, malah mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Singapore dan Mat salleh (orang putih), tiap petang ada yang bertandang.
Kalau sebelah malam, korang akan nampak ramai orang makan ikan panggang kat sini. Bukan saja sedap,.. MURAH lagi...ikan tuna, ikan uji rashid, ikan bawal, ikan putih, sotong, pari, udang semua ada sini..GERENTI FRESH beb..
Berbalik kepada cerita pasal aku & adik aku. Kita orang order Ikan Pari, Ikan Tuna, Latto (Rumpai laut) & Putu (Makanan tradisi suku Bajau). Tapi kalau order benda ni semua, tak lengkap tanpa sambal yang di buat khas..lain gerai, lain rasa..so pandai2 lah beb nak pilih. Aku boleh kata makan kat pasar malam ni murah berbanding pasar kat semenanjung. Kita orang cuma bayar RM24.00 shj.

Ikan Pari                  RM7.00
Ikan Tuna                RM10.00
Latto                        RM1.00
Putu                         RM1.00 
Nasi Putih X 3        RM1.50
100 plus                  RM2.00
Nescafe Susu          RM 1.50
TOTAL                   RM24.00 (Untuk 2 orang)

Itu pun aku angkat tangan surender..tak larat nak habiskan. Bah, teman semua, kalau ada kesempatan try lah tempat ni. Klu nda tahu tempatnya...aku boleh tunjuk kan..hehe
Rugi kalau tak cuba bila berada di Kota Kinabalu..

Saturday, March 26, 2011

Cakap pasal kesihatan: Halia





Saturday-
Tiba tiba sahaja aku rasa nak minum teh halia panas. Pasti ramai yang pernah rasa teh yang di bancuh dengan air halia yang direbus. Rasa tak sesedap white coffe, tapi kalau di lihat dari sudut kesihatan, teh halia memang bagus.
Semasa aku tengah berehat tadi, aku terbaca satu artikal berkenaan "Halia". Benefits of Ginger tajuknya. Tak sangka teh halia yang aku selalu minum punyai banyak kelebihan. Disini aku nak kongsi serba sedikit dengan pembaca blog aku tentang benefit halia. So, kita boleh duduk sama sama sambil minum teh halia. Haha..

 - beberapa kajian menyatakan, keberkesanan halia sama effective nya dengan vitamin B6. Seperti yang diketahui fungsi vitamin B6 adalah seperti berikut:-

Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 

- Halia juga boleh mencegah demam selesma.
- Untuk mengurangkan kesan migrain. Kandungan pada halia boleh menghentikan kesan 'prostaglandins' yang menyebabkan kesakitan ketika migrain.
- mengurangkan alergik
- Halia yang dipercayai secara tradisional dapast menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah. Kenyataan ini telah terbuti benar melalui kajian saintifik. Sebatian sulfur di dalam halia menurunkan kadar kolestrol dengan merangsang pengeluaran kolestrol di dalam hati melalui proses perkumuhan. - - Seterusnya halia juga menurunkan kadar tekanan darah dengan mamperlahankan pengeluaran hormon yang berfungsi menaikkan tekanan darah di dalam badan. 

Mungkin banyak lagi kelebihan halia yang tak dapat aku nyatakan di sini. Kesimpulannya, halia bukan sahaja menjadi rempah masakan dirumah. Halia merupakan alternatif yang di jamin selamat digunakan untuk meningkatkan kesihatan badan.
Okay guys, so jom kita minum teh halia!! aku belanja hari ni.hehe 


Thursday, March 24, 2011

Mission Today aka Misi ari ni...:-p

Hari ni aku ambik off day. Bersempena hari Khamis 24 bulan March Tahun 2011...haha
Misi hari ni nak cari kasut baru tuk guna time kerja & mau bergambar size passport. Harap tak hujan lah kat Kota Kinabalu ni..

to be continue...

MISSION accomplish!!! Shoe & Picture done at 1330 hours Malaysia time :-)

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

#DiGiSuperReload kini kembali dengan promosi terhebat! Isi semula dengan pelan-pelan DiGi Prepaid dan nikmati ganjaran-gajaran hebat dengan percuma. Cuba hari ini.

Wednesday, March 23, 2011

My D-Link Modem + Digi Internet prepaid


Welcome to my newly D-Link broadband modem and my new Digi prepaid internet simpack...hehe mcm orang ja kena 'welcome welcome' ni. Aku baru balik dari centre point mall cari modem broadband ni. Lama juga cari, mostly kebanyakan kedai jual package bayaran bulanan. Aku lagi prefer prepaid dari monthly subcriptions. Mostly kebanyakan kenalan aku complaint connection internet yang guna monthly subcription.. siap maki kat facebook lagi haha. So, why not i try Internet prepaid broadband kan?..

This is my 1st time using digi internet prepaid. Not bad guys...connection really good. Compare to Digi monthly package promo RM38 monthly..prepaid connection is much more better.Some more, Digi signal at Kota kinabalu town is good.
To my friend; Valen...hurry up man!! change to Digi Internet Prepaid. Its only RM25 for new starter pack with RM 10 credit balance inside. You can use it for 5 days.

It was funny at the beginning. I forgot to do setting with the modem, ingat terus boleh connect, rupanya tak. Aku sangka sim card aku dah tak boleh pakai. Till i called the digi helpline. In the middle of our conversation than i realise i did not do the setting..haha. Nasib baik line tiba2 putus sbb credit aku dah habis..Anyway, problem settle..now i am connected..on9 lah nmpknya.

D-Link modem ni boleh digunakan untuk sim card Maxis, Digi & Celcom. Gerenti tak ada problem mau connect. Extra features yang ada untuk modem ni, can become card reader for MicroSD memory card. There is small slot to plug in the memory MicroSD card at the side of modem's body.
Price RM150 nett, with 1 year warranty. So, guys klu minat dapatkan lah di pasaran sekarang sementara stok masih ada..(aiseyman siap promo lagi).


Tuesday, March 22, 2011

Important Message!!!

For those members & friends who got the google translate for my blog (Malay to English), Just to let you all know, some of the translation was not the similar meaning i intent to says.
No blame on google, because i knew it was machine generate translation. Just want everybody to understand and hopefully DO NOT get any wrong understanding about it.

Peace! Cheers! Good Day

Julfikar aka Kelana Pujangga

Monday, March 21, 2011

Radiasi Makanan Di Jepun Tinggi: WHO


Untuk tatapan teman pembaca blog semua, di sini aku nak share info yang aku terbaca di internet berikutan berlakunya bencana Gempa & Tsunami di Jepun. Mungkin kerajaan tlh myiarkan bahawa kesan Radiasi tidak akan sampai ke Malaysia. Mungkin itu benar secara kasarnya. Namun ada pelbagai cara yang membolehkan radiasi sampai kepada kita semua. Baru sebentar tadi aku ternampak sedutan berita di TV3 (21.3.2011) yang menyatakan World Health Organisation (WHO) mengeluarkan laporan bahawa Radiasi makanan yang berada di Jepun sangat tinggi dan oleh memudaratkan bila di makan. Di bawah ni aku ada serta kan petikan dari laman web WHO mengenai bagaimana radiasi boleh terdapt pada makanan:-

Food safety

How can food products become radioactive?

  • Foods can be contaminated with radioactive materials as the result of a nuclear or radiological emergency. The surface of foods like fruits and vegetables or animal feed can become radioactive by deposit of radioactive materials falling on it from the air or through rain water. Over time, radioactivity can also build up within food, as radionuclides are transferred through soil into crops or animals, or into rivers, lakes and the sea where fish and shellfish could take up the radionuclides. The severity of the risk depends on the radionuclide mix and the level of contaminant released.
  • Radioactivity cannot contaminate food that is packaged; for example, tinned or plastic-wrapped food is protected from radioactivity as long as the food is sealed.
 mungkin info ini boleh buat kita berfikir makanan yang mcm mana nak kita ambil, sekiranya itu adalah barangan import dari Jepun. Biarpun kedudukan kita jauh dari Jepun dari sudut geografinya, ada kepelbagaian cara radiasi seperti di Jepun sampai kepada kita tanpa kita sedari. So, aku rasa kita kena berhati hati hendaknya.

What are the potential health effects of consuming contaminated food ?

  • Food contaminated with radioactive material will not appear spoiled, but consuming such food will increase the amount of radioactivity a person is exposed to and could increase the health risks associated with exposure. For example, it could increase prevalence of certain cancers in the future. The exact effects on specific organs will depend on which radionuclides have been ingested and the amount being ingested.
  • People in close vicinity of the nuclear plants who believe they have consumed contaminated produce or animal products should seek medical attention.

What general advice can be given to food consumers and producers in the event of a nuclear emergency?

  • The response to an emergency involving radioactivity should be the same as the response to any emergency involving any hazardous material contaminating food. In the early stages of an emergency, and if it is safe to do so, it is possible to take immediate actions to prevent or minimize the contamination of food by some radiological materials. For example, it is possible to:
    • protect growing vegetables and animal fodder; cover with plastic sheets or tarpaulins;
    • bring livestock in from pasture; move animals into a shed or barn; and
    • harvest any ripe crops and place under cover.
  • Many other short-, medium- and long-term actions need to be considered in areas confirmed to be seriously contaminated, such as:
    • avoid consumption of locally produced milk or vegetables;
    • avoid slaughtering animals; and
    • avoid fishing, hunting or gathering mushrooms or other forest foods
 Anyway, hope this info boleh share dgn teman semua.

Sunday, March 20, 2011

Proton Pahlawan: Mana Pilihan Anda?


PROTON PAHLAWAN- TUAH


PROTON PAHLAWAN- JEBAT


PROTON PAHLAWAN- KASTURI

PROTON PAHLAWAN- LEKIR


PROTON PAHLAWAN- LEKIU

Mana satu pilihan anda? 5 Proton Pahlawan ni mempunyai ciri-ciri kelebihan masing masing. Pada pendapat aku:-
TUAH- nampak elegan dan sesuai untuk golongan executive..nmpk ada ciri macam Toyota.
JEBAT- gaya macam racer car. Ada ciri ciri seperti Proton Inspira atau Mitsubishi.
KASTURI- macam upgrade dari Proton Saga BML.
LEKIR- nampak exclusive sporty trendy. Rupa ala ala Lotus. Sesuai utk anak muda yang stylo
LEKIU- family car. SUV car menandingi Exora, untuk mereka yg berkeluarga.

Kalau ikut list hatiku:-
1. Jebat  2. Tuah.   3. Lekir   4. Lekiu    5. Kasturi

So bagaimana dgn anda? Pasti ada yang berminat. Love this cars!

Info: Motorstop.Asia





Sunday Night Movie: World Invasion: Battle Los Angeles (WOW!!)


WOW!!! This is the awesome Sci-Fiction War Movie. I really like this movie A LOTssssss man. A must watch movie.
Sunday Night 19032011- Me , My Bro & Ren go watch this movie as recommended by our friends. I am satisfy watching this movie and i should give it 4 1/2 star. Gengs, this story about Aliens invasion to earth and how the army tackle and fight the unknown enemies which is destroying all humanity. The scene, actors make this movie awesome.
Aku rasa tabik dgn produksi filem ni. Penceritaan yang mengabungkan sains fiction yang hebat dan keberkesanan lakonan emosi para pelakon dan juga penampakan suasana perang yang real, memang tak di sangkal lagi kehebatan  produksi Hollywood ternyata mendahului produksi negara2 lain. Aku rasa you all patut tengok cerita ni, banyak hal boleh disingkap dari cerita ni.
Apa yang dapat saya perhatikan dlm cerita ni, semangat kental dan jati diri anggota tentera yang di ketuai oleh Aaron Eakhart (Staff Sarjan nantz) patut di contohi.  Walaupun di ambang kekalahan, semangat untuk berjuang masih ada.
Namun disebaliknya juga, sepanjang penceritaan perang filem ni, aku dapat menyimpulkan, kekuatan tentera Amerika ni lebih menjurus kepada serangan udara dan bom. Tanpa serangan udara dan kehebatan bom mereka, nmpk sangat battle di darat mereka boleh di patahkan. Patutlah waktu perang di Afganistan, Amerika banyak menggunakan kapal terbang pengebom untuk mematahkan kubu tentera Taliban. Haha..itu opinion aku ja.  So lepas ni, klu nak patahkan serangan Amerika, kita kena lumpuhkan  kekuatan serangan udara mereka lah tu kan?..haha
Kali ni aku tak tertidur di panggung macam dulu...sebelum tu aku ada tgk cerita Beastly & Drive Angry...pertengahan cerita aku sempat TERTIDUR beb..TAPi cerita ini, aku langsung tak nak kelip mata. So, itu petanda cerita ni dah menarik perhatianku yang Kaki Wayang..huhu.

Anyway, itu hanya opinion aku ja. Kalau siapa yang gemar cerita aksi, filem ni wajib di tonton. Cerita ni memang best. One of my favourite story.

Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...apa kata ku


Hikayat Merong Mahawangsa aka The Malay Chronicles: Bloodlines sebuah filem arahan Yusri Abd Halim di bawah syarikat mereka KRU studios merupakan filem termahal di Malaysia. Belanja yang dikatakan menelan hampir RM 8juta, memang belanja yg besar dalam dunia perfileman Malaysia.

Setelah aku menonton filem ni, aku boleh katakan satu peningkatan yang baik untuk filem Action/Epic arahan orang tempatan Malaysia. Nak kata aku sangat berpuas hati tahap gaban..hmmm tak juga. Nak kata tak bagus..tak juga. Kalau di bandingkan dengan cerita  Puteri Gunung Ledang, kedua duanya ada kelebihan masing2. Cuma aku rasa scene Puteri gunung Ledang lagi cantik.
Aku tabik dengan pembawaan watak yang di lakonkan oleh Stephen Rahman- Hughes dlm filem ni. Memang kita ketahui Stephen Rahman memang seorang pelakon teater yang sangat berkebolehan. Sudah semestinya pembawaan watak seperti dalam filem ni begitu mudah baginya. Begitu juga watak yang di lakonkan oleh Ravi (Indian guy at Goa)) dan Gavin (Putera Rome)..sangat baik bagi aku. Aku cuma agak kecewa sedikit dgn watak Umi Nazeera yang nmpk tak natural..mcm tak se-level dgn lakonan Stephen Rahman. Aku rasa more better watak Meng LiHua (Jing Lu) & Ying Ying (pembantu puteri China)...nmpk menarik dan bersahaja.

Aksi pertarungan ada peningkatan klu di nilai dari sudut aksi perfileman tempatan. Klu international opinion...hmmm no comment lah. Mungkin, kebanyakan orang orang di Malaysia ni, termasuk saya telah lama sudah di sajikan dgn aksi filem serupa ini dari Negara Thailand. Contohmya filem Ong Bak 2. So mostly cannot expect a big WOW from penonton local. But anyway, for me it was okay but not so perfect.
Why?..gerak perlawanan yang di lakonkan watak pembantu yang ramai kelihatan kaku. Mungkin ada yang tak perasan kerana terlalu menumpukan kepada aksi lawan watak yang utama. Selain itu, aku rasa gaya rambut watak orang ramai atau pengikut Merong mcm ketara sangat tak real. Mcm2 stail ada..rambut potong sting, rambut potong layer ala ariel peter pan pun ada..haha. Mana ada kurun ke-16 rakyat pki rambut serupa tu...aku pun tak tau lh.
Aksi tikam2...memang lawa/cantik juga lah. Tak sangka jugalah akhirnya ada pelakon Malaysia dapat dilihat dalam aksi tikam yang nmpk  real. Ingat nak tggu lama lagi.hehe
Anyway, aku rasa filem ni patut di tonton oleh semua warga yang berada di Malaysia...mungkin kita akan dapat rasakan satu gerakan perubahan dalam industri filem Melayu. Kerana, filem ini menonjolkan sesuatu yang kita harapkan patut berada dalam adegan filem Malaysia pada era ini.

A BIG congratz to KRU Studios especially Yusri and all the Actors for making this film happen in Malaysia. This was a big Kick start from KRU studios for making such film like this. Aku harap masa akan datang, akan ada filem yang serupa filem DEJAVU atau Taking Pelham 123 yang ada unsur letupan tengah bandar atau aksi cemas yang cantik garapan plotnya. Bukan nak tiru cara orang luar, tapi biar kita buat cara Malaysia dengan impak yang WOW. Aku pun tak nak dengar orang cakap kita ni copycat. Apa orang kata tu..FILEM KITA WAJAH KITA..

Okay lah geng semua..sampai disini ja buat masa ni..Di kesempatan yang akan datang, aku try lagi tulis apa ku rasa tentang apa ja..klu tak keberatan baca ja ya. Hingga kita brtemu lagi dilaman sesawang blogger ini..huuhuhuhehe cao...Assalammualaikum



Sunday, March 6, 2011

Aku & City Run 2011 Kota Kinabalu

March 6, 2011- Ahad
Aku, Akim, Renato & Termizie join acara City Run 2011 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Acara ni memang dianjurkan setiap tahun oleh DBKK, secara percuma tanpa pendaftaran. Tapi, yang paling menarik...ada LUCKY DRAW beb...antara hadiahnya..LCD TV 42", Peti Sejuk, Notebook, Mountain Bikes, Handphones, Cooking oven, Hamper, Voucher dan mcm mcm lagi lah yg aku x sempat notice...

Anyway, semua tu based on luck kita orang lah..dah namanya LUCKY draw puun.
Untuk pengetahuan semua, (sebelum korang tanya kami dpt kah tak)..kami berempat ni langsung x dpat hadiah lucky draw..adeeh hampa beb. Tapi walaubagaimanapun kita orang dapat sijil & voucher discount n x dilupakan, dapat senaman kurang kan lemak hahaha!!!

Untuk teman bloggers semua, korang tatap lah serba sedikit gmbr yg dpt aku tangkap dgn gunakan handphone nokia aku...






Ni gambar lepas acara larian. Orang ramai tgh dok claim kupon utk lucky draw.
Tak dapt ambik gmbr masa org ramai lari..al maklum lah kita pun ni dok sibuk lari....


Di anggarkan lebih dari 9 ribu orang menyertai acara ni. Dari kanak2 sampai yang berumur, lelaki, perempuan dan dot dot dot..haha.







Time ni matahari dah naik, mungkin dlm jam 10 am. Klu ikut kan Padang ni penuh..tapi ramai yang lepak kat pokok tepi padang sbb cuaca agak panas.

Acara yang di nanti ialah LUCKY DRAW..






Sekarang gmbr gmbr aku dgn geng2 aku...


Baru habis claim kupon..tgh dok rehat bawa kawasan yg mendung...smbl posing bergmbr


 Duduk minum dulu..penat ni...



 Adik aku ber'background" kan anggota RELA..


penat..tggu org ramai habis claim kupon

Ren tgh dok tggu lucky draw yang x ksampaian numbernya...

Anyway, biarpun x dpt lucky draw, sekurang kurangnya dapt senaman beramai2 dgn warga Kota Kinabalu. Harap di tahun depan dapt join lagi. Thanks for viewing this blog.
Till some other free time..i shall write again.
Salam 1 Sabah, 1 Malaysia...

Wednesday, March 2, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Khurafat ...apa kata ku..



Salam 1 Malaysia buat semua..hari ni aku nak cerita pasal movie Khurafat. Aku pasti dah ramai orang2 kat Malaysia tonton cerita ni. Aku baru ja tgk cerita ni. Itu pun, aku dapat comment dari kawan2 dan org sekeliling cakap, cerita ni menakutkan dan best. So, aku pun carilah DVD cerita ni. Overall, aku rasa cerita ni OK lah. Bukan TERbaik bagi aku, tapi kira ok lah (Utk kategori filem seram). Mungkin, sudah terlalu banyak cerita seram yang terjamu di layar perak, siaran TV & mcm2 lagi siaran secara langsung atau pun x langsung, yang membuatkan aku atau kita semua terbiasa dgn jalan cerita seram/hantu.
Pendapat aku untuk cerita ni ada pro dan kontra nya:-
1. Penceritaan plot cerita ni berlainan dgn filem2 seram melayu yang lain. Maksud aku, penampakan watak Syamsul (johan), seolah dia mangsa keadaan, walhal kejadian menimpanya merupakan kesilapan perlakuannya sendiri yang pada mulanya kita x ketahui. Dibandingkan dgn cerita, Jangan Pandang Belakang, Santau, Cermin, watak utama semua adlah mangsa keadaan atau pun keturunan yg bukan disebabkan oleh watak utama secara langsung. Pengakhiran cerita ini di tamatkan tanpa adanya penyelesaian kepada masalah yg di alami, tetapi di akhiri dgn balasan/penyesalan yg patut diterima. Roh Johan yg balik ke rumah maknya dan mendapati, dia yg sebenarnya sdah mati dan melihat mayatnya di bacakan yassin. Nampak ada penyesalan, namun tak dpt buat apa apa. Tetapi, amat bernas bagi aku, sebab untuk myampaikan sesuatu penceritaan yg mengandungi unsur nasihat, pembikin filem perlu meninggalkan penonton dgn satu pertanyaan yg mendalam dan membuatkan mereka berfikir.
2. Penggunaan watak imam dan bomoh tidak terlalu di ketengahkan seperti cerita lain. Walaupun sekali sahaja, ianya berkesan & mbuatkan aku jadi begini; naaa ini lah akibatnya perbuatan syirik/khurafat (ketika watak bomoh cuba menghalau syaitan pada watakyg di lakonkan oleh A Galak)...dan ooo ini pula dia buat pakai mayat org jampi ppuan tu. Patutlah ada hantu ganggu dia(ketika flash back perlakuan johan berjumpa bomoh utk dptkan ilmu hitam memikat Anna (sabrina ali)...
3. Lighting atau pencahayaan dlm cerita ni bagi aku kurang logical. Aku faham cerita ni ber genre seram...tapi penggunaan lighting terlalu cuba nak menampilkan keseraman suasana, especialy dlm hospital. Dok, kat kaunter hospital pun gelap semacam..mcm mana lah nak buat report agaknya. Pendek kata x pernah ku nmpk di Malaysia ni hospital yg kekurangan cahaya, cuma dlm cerita ni ja. Macam dok pakai emergency light yg mau habis cas. Asyik asyik gelap memanjang cerita ni..x logical dr sudut pencahayaan.
4. Adegan Makcik Cleaner dgn Johan waktu Johan pegi cari makcik tu kat rumah dia...aku masih ada persoalan yang tak terjawab...makcik tu mcm tau2 ja ada benda ganggu johan and dia kata dah semakin hampir/dekat. Mcm mana Makcik tu tau?
5. Dr sudut lain aku faham, syamsul yusof cuba menyelitkan karakter yg boleh menghidupkan jalan cerita filem ni,persoalan mengapa ada gangguan, mengapa watak ni begini, yang itu begitu...
Watak Hantu dlm rumah...adeeehhh mcm hantu korea pula..merangkak semacam.Buat cara lain lagi bagus.
Watak Bomoh & Imam..utk memberitahu akibat perlakuan khurafat sebelum & selepas. Juga melengkapkan genre seram dlm filem ni. Adegan mesti bagi filem hantu di Malaysia
Watak Anna( Sabrina)..watak pyebab & antagonis kepada plot perjalanan cerita kisah silam Johan..Pengambaran watak c plaku dosa.
Watak Aishah (Liyana J)...c mangsa keadaan. Mewujudkan situasi seram, cemas ketika malam atau adegan gangguan dtg.
Watak Ibu (Fauziah nawi)...mewujudkan situasi suspen di akhir cerita ketika Roh Johan balik rumah & menyangka ibunya mati. Dgn keadaan sakit pasti penonton juga turut merasa adegan masa itu ialah ibu kpd Johan.
Watak Makcik Cleaner..penimbul kepada persoalan siapa & mengapa kpd penonton, terutama pyebab gangguan. Watak ini mewujudkan teka teki suspen supaya wujud satu situasi debaran dlm plot cerita.
Watak Johan (syamsul Yusof)..Tunjang utama perjalanan cerita seram..dlm setiap adegan melibatkan dirinya. Cuma bagi aku, perasaan seseorg yg takut kurang menonjol di bawakan oleh Syamsul..terlalu control kot..

Anyway, apapun semua di atas tu hanyalah pendapat ku... mungkin boleh memberi sedikit gmbaran kpd yg belum menonton...Congratz tu Syamsul..adegan angkat mayat dlm hutan tu mbuat aku terpaksa on balik lampu dlm bilik yg aku padam...haha gila apa angkat mayat dlm hutan...Ok guys...see you some other time. klu nak comment terpulang. terima kasih kerana lawat blog aku... peace no war salam 1 Malaysia.







Follow Me!
Get this widget here