Lets have break a while

Saturday, March 26, 2011

Cakap pasal kesihatan: Halia





Saturday-
Tiba tiba sahaja aku rasa nak minum teh halia panas. Pasti ramai yang pernah rasa teh yang di bancuh dengan air halia yang direbus. Rasa tak sesedap white coffe, tapi kalau di lihat dari sudut kesihatan, teh halia memang bagus.
Semasa aku tengah berehat tadi, aku terbaca satu artikal berkenaan "Halia". Benefits of Ginger tajuknya. Tak sangka teh halia yang aku selalu minum punyai banyak kelebihan. Disini aku nak kongsi serba sedikit dengan pembaca blog aku tentang benefit halia. So, kita boleh duduk sama sama sambil minum teh halia. Haha..

 - beberapa kajian menyatakan, keberkesanan halia sama effective nya dengan vitamin B6. Seperti yang diketahui fungsi vitamin B6 adalah seperti berikut:-

Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 

- Halia juga boleh mencegah demam selesma.
- Untuk mengurangkan kesan migrain. Kandungan pada halia boleh menghentikan kesan 'prostaglandins' yang menyebabkan kesakitan ketika migrain.
- mengurangkan alergik
- Halia yang dipercayai secara tradisional dapast menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah. Kenyataan ini telah terbuti benar melalui kajian saintifik. Sebatian sulfur di dalam halia menurunkan kadar kolestrol dengan merangsang pengeluaran kolestrol di dalam hati melalui proses perkumuhan. - - Seterusnya halia juga menurunkan kadar tekanan darah dengan mamperlahankan pengeluaran hormon yang berfungsi menaikkan tekanan darah di dalam badan. 

Mungkin banyak lagi kelebihan halia yang tak dapat aku nyatakan di sini. Kesimpulannya, halia bukan sahaja menjadi rempah masakan dirumah. Halia merupakan alternatif yang di jamin selamat digunakan untuk meningkatkan kesihatan badan.
Okay guys, so jom kita minum teh halia!! aku belanja hari ni.hehe 


No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here