Calon suami yang berani
Mimpi buruk si Anak
Pada zaman dahulu, terdapat seorang Raja yang begitu kaya dan terkenal dengan keberaniannya. Keberanian Raja tersebut amat digeruni oleh kebanyakan orang tidak kira lawan atau kawan.
Si Raja ini, mempunyai seorang anak yang sangat jelita dan Raja itu ingin mencari seorang lelaki yang sangat berani untuk dikahwini dengan anaknya yang jelita.
Pada suatu hari, Raja itulah telah menjemput semua putera raja, orang kenamaan dan juga orang kebiasaan ke Majlis Hari Jadi anaknya yang ke-20. Maka ramai lah orang yang datang.
Kemudian Raja itu pun membuat pengumuman dan berkata;
'Beta sebenarnya ingin mencari seorang lelaki yang berani untuk di kahwinkan dengan puteri beta. Beta tidak kira dari golongan mana, asalkan dia mempunyai keberanian yang luar biasa.'
Maka dengan titahnya, maka berkumpullah ribuan jejaka di hadapan Raja tersebut. Lalu dia bertitah lagi.
' Namun, beta akan menjalankan satu ujian. Di depan kamu semua ini, ada satu kolam yang panjangnya 50 meter. Di dalam kolam itu beta telah menyimpan beberapa ekor buaya yang sangat lapar. Barang siapa yang dapat berenang dari hujung ke hujung kolam itu maka beta akan hadiahkan 1000 wang emas atau pun beta akan kahwinkan dengan puteri beta dan menjadi putera di negeri ini.'
Maka ramai lah dikalangan mereka terkejut dan saling berpandangan dan tidak kurang juga yang geleng kepala. Namun dalam keadaan tiba tiba, bunyi air kolam kedengaran. Seorang lelaki telah terjun ke dalam kolam. Lelaki itu berenang pantas dan dengan kelam kabut sekali...namun akhirnya dia berjaya berenang sampai kehujung.
Maka Raja itu pun, tersenyum lalu bertepuk tangan sambil berkata 'kamu hebat' 'kamu berani' brulang kali. Lalu Raja itu pun bertanya kepada lelaki itu, kamu mau 1000 wang emas atau nak kahwin dengan puteri beta?'
Dalam keadaan termengah mengah lelaki itu berkata;
Hamba tak mau kedua dua nya, hamba hanya mau tahu siapa yang tolak hamba tadi?!! Ciss nasib hamba tak di maan buaya.! Sambil dia bercekak pinggang.
Mimpi buruk si Anak
Pada suatu malam, Tan sri Chong pergi ke bilik anaknya Fui, untuk mengucapkan selamat malam. Bila sampai di bilik dia melihat anaknya termenung kesedihan. Lalu dia bertanya;
'kenapa Fui?
'Fui mimpi buruk ayah' kata anaknya.
'mimpi apa sampai ayah lihat muka Fui sedih ni? tanya ayahnya
'Fui mimpi Makcik Mei Li meninggal' anaknya berkata dgn muka sedih.
'Makcik kamu tak apa apa, itu cuma mimpi buruk saja. Makcik kamu okay' kata ayah sambil mengusap rambut anaknya.
Pada keesokkan harinya, Makcik Mei Li meninggal dunia kerana jatuh tangga.
Pada malam seterusnya si anak mimpi buruk lagi. Kali ini anaknya mimpi datuknya meninggal dunia. Si ayah tersenyum dan bekata;
'itu mimpi buruk saja Fui. Datuk kamu okay dia tak apa apa'
Namun pada keesokkannya juga, datuk Ah Fui meninggal dunia kerana strok.
Pada malam yang ketujuh, si anak bermimpi buruk lagi. Kali ini si anak mimpi ayahnya meninggal dunia. Si ayah ni dengan muka serba bingung berkata 'ayah tak apa apa. semuanya okay'.
Setelah mendengar kata anak nya itu, Tan sri chong pun tidak dapat tidur lena memikirkan mimpi buruk anaknya. Dia tidak dapat lelap mata. Pada Keesokan harinya, Tan Sri Chong pun pergi kerja dengan cukup berhati hati, memandu kereta dengan perlahan untuk elak accident, tidak makan di luar, takut keracunan dan semua langkah di ambil dengan penuh waspada...tiba tiba...
Isterinya menelefon dengan suara terketar ketar lalu berkata;
hari ini sungguh malang, itu tukang kebun kita sudah mati...
Tan Sri Chong terkejut yang amat sangat....dengan muka marah dia ketawa kuat kuat HAHAHA
Mari aku kongsikan sedikit cerita jenaka... :-)
Amanat Si Kaya
Kisah ini mengenai seorang lelaki yang suka kepada wang/duit. Dari muda lagi dia memang sangat suka mengumpul dan mencari wang hingga ke usia tuanya. Kesungguhannya ini telah membuat kan dia jadi kaya raya kerana obsesinya kepada kekayaan. Namun setelah dia menghampiri saat kematiannya, dia sempat berpesan kepada isterinya dan anak lelakinya.
Dia berkata ' sekiranya aku sudah mati, aku ingin kamu sertakan wang aku bersama aku di dalam kubur'.
Walaupun agak terkejut, si ibu dan si anak ini juga meng iyakan kehendak lelaki kaya itu, kerana berpegang kepada amanat.Setelah si kaya itu menhembuskan nafasnya, maka si ibu dan si anak pun melakukan upacara pengebumian yang sepatutnya. Setelah jenazah si kaya itu diletakkan di liang lahat, si ibu pun meminta si anak meletakkan kotak di sisi jenazah si kaya itu. Lalu di kuburkan lah si kaya itu.
Selesai upacara itu, si anak masih terfikir akan wang ayahnya yang hanya 1 kotak sahaja. Walhal si anak mengetahui si ayah ini sangat kaya dan mempunyai banyak wang. Dia pun bersa kehairanan dan sangsi. Lalu dia pun bertanya kepada ibunya;
'Ibu benarkah ibu telah menyertakan semua wang ayah seperti yang di amanatkannya?'
Si Ibu membalas dengan wajah yang masih berlinang air mata;
Ya anak ku, kesemua wang ayah kamu telah aku sertakan bersama jenazahnya. Ibu telah masukan semua wang ayah ke dalam akaun bank ibu, dan ibu membuka satu keping cek untuk ayah mu. Cek itu lah yang ibu sertakan tadi'.
Si anak tadi pun terdiam terpaku dan hampir pitam hahahahahahahahaha
hehehe lucu!
ReplyDelete