Lets have break a while

Sunday, January 8, 2012

Khasiat Buah Pisang

Pisang bukan sebarang pisang, Pisang manis penuh khasiat..haha
Ntah apa apa aku cerita pasal pisang ni...?? Bukannya apa....kawan ada bagi setandan pisang.
so tak makan rugi nanti.

So, aku buat sikit penyelidikan lah kat internet ni...pisang ni rupa rupanya banyak khasiat & kebaikan kepada kita yang bergelar manusia ni.

Mari kita baca khasiat & kebaikan yang dapat aku kumpulkan ni:-

1. Pisang mengandungi vitamin B yang tinggi yang membantu sistem nerves kita.

2. Membantu mengurangkan tekanan. Pisang mengandungi "Tryptophan" iaitu sejenis asid amino yang bertindak seakan serotonin menambah baik mood kita.

3. Kulit pisang juga boleh melegakan kegatalan atau kesan dari gigitan nyamuk. Hanya perlu sapukan bahagian dalam kulit pisang diatas kesan gigitan.

4. Jika kita mengamalkan memakan pisang sebelum atau selepas makan malam, ianya akan mengurangkan "morning sickness". Ini kerana pisang membantu meningkatkan kandungan gula dalam darah kita.

5. Pisang diketahui mengandungi "fructooligosaccharide" iaitu sejenis bahan yang menghasilkan bakteria probotic (Bakteria baik) didalam perut. Bakteria Probotic ini menghasilkan enzim yang meningkatkan sistem pencernaan perut dan membantu elak jangkitan Bakteria jahat..
Kandungan "fructooligosaccharide" juga membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap kalsium.

6. Kandungan 'Potasium' juga terdapat dalam pisang. Potasium ini membantu membaiki tekanan jantung manusia. Kebiasaan pisang digalakkan makan oleh doktor kepada pesakit yang mempunyai masalah degupan jantung lemah. Ini bertujuan membantu meningkatkan degupan/tekanan jantung.

Banyak lagi khasiat yang didapati dari Pisang...petua kampung pun banyak. Jadi adalah menjadi satu kebaikan pada kita untuk menjadikan pisang sebagai santapan kita seharian.
Harap info ini memberikan ilmu & kebaikan kepada anda semua...so aku nak makan pisang dulu.

P/S- teringat kuih jemput2 pisang masa kat kampung..

No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here