Lets have break a while

Sunday, January 1, 2012

Kedatangan Tahun 2012...

Berakhir sudah detik penantian semalam dan melambaikan selamat pergi kepada tahun 2011 yang akan tersemat dalam memori. Kini bermula satu lagi kisah yang bakal kita semua tempuh di tahun baru 2012. Pelbagai azam yang di canang, di tanam & di war war kan. Namun adakah di penghujung nya bertemu kejayaan atau kegagalan? Terserah atas usaha kita untuk mengapainya.
Namun apa yang pasti adalah, setiap saban tahun pasti ada kisah suka & duka akan berlaku. Bukan semua seperti yang kita impikan. Andai kata kegembiraan & keindahan yang kita kecapi, jangan lah kita lupa untuk mensyukurinya. Tatkala duka yang menyelubungi, kesabaran dan tawakal lah yang mampu jadi teman melalui saat duka itu. Namun, Allah itu Maha Adil. Padanya kita memohon untuk ditunjukkan jalan, insyallah segalanya akan menjadi baik.

2012...satu tahun yang diramalkan berakhirnya dunia ini. Benarkah ianya akan berlaku?. Media, Laman Sosial, Laman web dan pelbagai lagi bahan penyampai maklumat adakalanya mencanangkan cerita ini. Persoalannya ialah, bersediakah kita untuk menghadapinya?
Bukan untuk mempercayai cerita, tapi andaikata ianya benar dan bakal berlaku..cukup kah bekalan kita ini? Nak buat macam mana?
Apapun, itu semua ketentuan dari yang Maha Esa. Benar atau tidak, kita sudah diberi peringatan untuk menyediakan bekalan ke alam akhirat. Cukup atau tidak..tepuk dada tanya apa yang telah kita lakukan. Seperti yang di hadiskan,
 "Bekerjalah kamu untuk mencari kekayaan seolah kamu akan hidup 100 tahun lagi, Dan beribadat lah kamu seolah olah kamu akan mati keesokan harinya".
Kepada-Nya kita memohon dan berserah, sekiranya ada kesempatan, isikan lah ruang kekosongan untuk bekalan kita. Tapi lakukan lah tugasan kita didunia ini sehabis baik.

Untuk ini, sama samalah kita berdoa dan berusaha kearah yang benar. Selamat menempuhi Tahun baru yang kita tak ketahui apa hasil dan kemana impian kita akan pergi. Semoga kita semua beroleh kejayaan & kemenangan..Amin

No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here