Siapa di Malaysia yang tak tahu cerita adaptasi dari Novel bertajuk "Ombak Rindu".? Apa yang aku pasti, memang ramai orang orang di Malaysia tahu cerita ni. Filem adaptasi Ombak Rindu ini telah mengutip lebih dari RM10 juta jualan tiket. Ada sumber juga mengatakan kutipan jualan mengalahkan filem KL Gangster. Mungkin 11-13 juta.
Wow..memang hebat..patut ditonton. Sampai sekarang pun, panggung wayang masih ada yang menayangkan filem ini.
Disebalik kejayaan ini, aku rasa kita patut turut memberi pujian kepada penulis asal novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari. Bukan ramai yang tahu siapa Fauziah Ashari. Cuba Lihat gambar ini:-
Ini lah dia penulis asal novel ombak rindu. Malah di katakan juga, sebelum filem ini di buat, novel hasil karya beliau mendapat sambutan hangat di kalangan peminat novel di Malaysia. Berdasarkan pencapaian itulah juga, cerita novel ini telah difilemkan. Mungkin ramai yang tak menyangka, sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan mana mana pihak. Sebelum tu, aku nak share gambar asal novel Ombak rindu..
Di atas perkhabaran ini lah, aku tonton filem ini. Memang ternyata, jalan cerita dan lakonan yang dibawa boleh membuat air mata berlinangan. Tidak kira Wanita atau Lelaki. Lelaki???...haha, Maksud aku lelaki yang menpunyai taman dalam hati..haha.
Disini, aku nak puji lakonan Maya Karin. Dari awal watak hingga ke akhir aku rasa maya Karin telah menhidupkan watak ini dengan sangat sangat sangat baik sekali. Muka yang cantik innocent, sesuai dibawakan oleh Maya. Wataknya yang biarpun teraniaya, masih menunjukkan kelembutan, malah menyentuh hati mana mana lelaki. Maksud aku bukan yang berkemban tuu..Tapi sikap nya yang begitu lemah lembut, melayan suami dengan cukup baik sekali biarpun dikasari. Siapa yang tak mengidamkan isteri yang macam tu kan. Sejuk rasa hati. Pujian juga pada Aaron Aziz, watak suami yang garang tapi dalam taman ada hati berjaya di sampaikan. Congratz bro.
Anyway, pendek kata, mesej yang ada dalam filem ini memang cukup baik. Jalan Cerita, pembawaan watak cukup untuk membuat jiwa kita terbuai. Thumbs Up kepada pengarah Osman Ali..cerita ini disampaikan dengan jelas dan berjaya menyentuh hati & minda penonton.
P/S- Moga ada lagi penghasilan filem seperti ini. Aku dah beli DVD filem ini untuk dijadikan koleksi.

No comments:
Post a Comment