Lets have break a while

Wednesday, March 2, 2011

Khurafat ...apa kata ku..



Salam 1 Malaysia buat semua..hari ni aku nak cerita pasal movie Khurafat. Aku pasti dah ramai orang2 kat Malaysia tonton cerita ni. Aku baru ja tgk cerita ni. Itu pun, aku dapat comment dari kawan2 dan org sekeliling cakap, cerita ni menakutkan dan best. So, aku pun carilah DVD cerita ni. Overall, aku rasa cerita ni OK lah. Bukan TERbaik bagi aku, tapi kira ok lah (Utk kategori filem seram). Mungkin, sudah terlalu banyak cerita seram yang terjamu di layar perak, siaran TV & mcm2 lagi siaran secara langsung atau pun x langsung, yang membuatkan aku atau kita semua terbiasa dgn jalan cerita seram/hantu.
Pendapat aku untuk cerita ni ada pro dan kontra nya:-
1. Penceritaan plot cerita ni berlainan dgn filem2 seram melayu yang lain. Maksud aku, penampakan watak Syamsul (johan), seolah dia mangsa keadaan, walhal kejadian menimpanya merupakan kesilapan perlakuannya sendiri yang pada mulanya kita x ketahui. Dibandingkan dgn cerita, Jangan Pandang Belakang, Santau, Cermin, watak utama semua adlah mangsa keadaan atau pun keturunan yg bukan disebabkan oleh watak utama secara langsung. Pengakhiran cerita ini di tamatkan tanpa adanya penyelesaian kepada masalah yg di alami, tetapi di akhiri dgn balasan/penyesalan yg patut diterima. Roh Johan yg balik ke rumah maknya dan mendapati, dia yg sebenarnya sdah mati dan melihat mayatnya di bacakan yassin. Nampak ada penyesalan, namun tak dpt buat apa apa. Tetapi, amat bernas bagi aku, sebab untuk myampaikan sesuatu penceritaan yg mengandungi unsur nasihat, pembikin filem perlu meninggalkan penonton dgn satu pertanyaan yg mendalam dan membuatkan mereka berfikir.
2. Penggunaan watak imam dan bomoh tidak terlalu di ketengahkan seperti cerita lain. Walaupun sekali sahaja, ianya berkesan & mbuatkan aku jadi begini; naaa ini lah akibatnya perbuatan syirik/khurafat (ketika watak bomoh cuba menghalau syaitan pada watakyg di lakonkan oleh A Galak)...dan ooo ini pula dia buat pakai mayat org jampi ppuan tu. Patutlah ada hantu ganggu dia(ketika flash back perlakuan johan berjumpa bomoh utk dptkan ilmu hitam memikat Anna (sabrina ali)...
3. Lighting atau pencahayaan dlm cerita ni bagi aku kurang logical. Aku faham cerita ni ber genre seram...tapi penggunaan lighting terlalu cuba nak menampilkan keseraman suasana, especialy dlm hospital. Dok, kat kaunter hospital pun gelap semacam..mcm mana lah nak buat report agaknya. Pendek kata x pernah ku nmpk di Malaysia ni hospital yg kekurangan cahaya, cuma dlm cerita ni ja. Macam dok pakai emergency light yg mau habis cas. Asyik asyik gelap memanjang cerita ni..x logical dr sudut pencahayaan.
4. Adegan Makcik Cleaner dgn Johan waktu Johan pegi cari makcik tu kat rumah dia...aku masih ada persoalan yang tak terjawab...makcik tu mcm tau2 ja ada benda ganggu johan and dia kata dah semakin hampir/dekat. Mcm mana Makcik tu tau?
5. Dr sudut lain aku faham, syamsul yusof cuba menyelitkan karakter yg boleh menghidupkan jalan cerita filem ni,persoalan mengapa ada gangguan, mengapa watak ni begini, yang itu begitu...
Watak Hantu dlm rumah...adeeehhh mcm hantu korea pula..merangkak semacam.Buat cara lain lagi bagus.
Watak Bomoh & Imam..utk memberitahu akibat perlakuan khurafat sebelum & selepas. Juga melengkapkan genre seram dlm filem ni. Adegan mesti bagi filem hantu di Malaysia
Watak Anna( Sabrina)..watak pyebab & antagonis kepada plot perjalanan cerita kisah silam Johan..Pengambaran watak c plaku dosa.
Watak Aishah (Liyana J)...c mangsa keadaan. Mewujudkan situasi seram, cemas ketika malam atau adegan gangguan dtg.
Watak Ibu (Fauziah nawi)...mewujudkan situasi suspen di akhir cerita ketika Roh Johan balik rumah & menyangka ibunya mati. Dgn keadaan sakit pasti penonton juga turut merasa adegan masa itu ialah ibu kpd Johan.
Watak Makcik Cleaner..penimbul kepada persoalan siapa & mengapa kpd penonton, terutama pyebab gangguan. Watak ini mewujudkan teka teki suspen supaya wujud satu situasi debaran dlm plot cerita.
Watak Johan (syamsul Yusof)..Tunjang utama perjalanan cerita seram..dlm setiap adegan melibatkan dirinya. Cuma bagi aku, perasaan seseorg yg takut kurang menonjol di bawakan oleh Syamsul..terlalu control kot..

Anyway, apapun semua di atas tu hanyalah pendapat ku... mungkin boleh memberi sedikit gmbaran kpd yg belum menonton...Congratz tu Syamsul..adegan angkat mayat dlm hutan tu mbuat aku terpaksa on balik lampu dlm bilik yg aku padam...haha gila apa angkat mayat dlm hutan...Ok guys...see you some other time. klu nak comment terpulang. terima kasih kerana lawat blog aku... peace no war salam 1 Malaysia.







No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here