31.03.2011 (Khamis)
Menu malam ni, Ikan Tuna Panggang dengan Pari Panggang...hmmm nyam nyam..
Pasti ramai yang pernah rasa pari panggang dengan ikan tuna panggang di bandar Kota Kinabalu. Memang sedap beb..especially sambalnya.
Aku bukan cerita pasal filipino market yang berdepan dengan Le meridien hotel. Pasar makan malam ni yang baru punya. Pasar malam ni terletak di belakang segama area & Hyatt hotel. Biasa pada sebelah petang ramai orang akan pergi ke sini sambil menyaksikan matahari melabuhkan tirainya. Nice view!! kalau kaki photografer, tempat ni memang sesuai untuk ambik gambar sunset.
Tempat ni bukan saja terkenal dengan orang tempatan di Sabah, malah mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Singapore dan Mat salleh (orang putih), tiap petang ada yang bertandang.
Kalau sebelah malam, korang akan nampak ramai orang makan ikan panggang kat sini. Bukan saja sedap,.. MURAH lagi...ikan tuna, ikan uji rashid, ikan bawal, ikan putih, sotong, pari, udang semua ada sini..GERENTI FRESH beb..
Berbalik kepada cerita pasal aku & adik aku. Kita orang order Ikan Pari, Ikan Tuna, Latto (Rumpai laut) & Putu (Makanan tradisi suku Bajau). Tapi kalau order benda ni semua, tak lengkap tanpa sambal yang di buat khas..lain gerai, lain rasa..so pandai2 lah beb nak pilih. Aku boleh kata makan kat pasar malam ni murah berbanding pasar kat semenanjung. Kita orang cuma bayar RM24.00 shj.
Ikan Pari RM7.00
Ikan Tuna RM10.00
Latto RM1.00
Putu RM1.00
Nasi Putih X 3 RM1.50
100 plus RM2.00
Nescafe Susu RM 1.50
TOTAL RM24.00 (Untuk 2 orang)
Itu pun aku angkat tangan surender..tak larat nak habiskan. Bah, teman semua, kalau ada kesempatan try lah tempat ni. Klu nda tahu tempatnya...aku boleh tunjuk kan..hehe
Rugi kalau tak cuba bila berada di Kota Kinabalu..
No comments:
Post a Comment