Lets have break a while
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Perdana Park Kota Kinabalu

Sempena cuti umum  Hari Wesak hari ni, aku dengan kawan2 aku pergi melawat Perdana Park Kota Kinabalu yang baru di rasmikan beberapa bulan yang lepas. Perdana Park ini merupakan tempat rekreasi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan di kendalikan oleh Timatch Sdn Bhd sepenuhnya. Lokasi terletak di Tanjung Aru berhampiran dengan Tanjung Aru Plaza.




Kira jalan jalan lah ni ... ini first time aku dengan kawan kawan aku pergi sini. Untuk masuk sini hanya di kenakan  bayaran RM 1.00 bagi satu kenderaan.
Kalau aku perhatikan, tempat ini adalah untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak dan yang paling jadi tumpuan ialah Water fountain yang berirama. Kawasan nya memang cantik dan terjaga. Sesuai untuk org yang gemar ambik gambar juga.


Orang ramai berpusu pusu melihat Air berirama




Tempat permainan Kanak Kanak
Water fountain berirama

stepping stone massage


Jogging Track
Air Minuman bersih PERCUMA yang disediakan oleh Timatch

Thursday, March 31, 2011

Ikan Tuna & Pari Panggang





31.03.2011 (Khamis)
Menu malam ni, Ikan Tuna Panggang dengan Pari Panggang...hmmm nyam nyam..
Pasti ramai yang pernah rasa pari panggang dengan ikan tuna panggang di bandar Kota Kinabalu. Memang sedap beb..especially sambalnya.
Aku bukan cerita pasal filipino market yang berdepan dengan Le meridien hotel. Pasar makan malam ni yang baru punya. Pasar malam ni terletak di belakang segama area & Hyatt hotel.  Biasa pada sebelah petang ramai orang akan pergi ke sini sambil menyaksikan matahari melabuhkan tirainya. Nice view!! kalau kaki photografer, tempat ni memang sesuai untuk ambik gambar sunset.
Tempat ni bukan saja terkenal dengan orang tempatan di Sabah, malah mereka yang datang dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Singapore dan Mat salleh (orang putih), tiap petang ada yang bertandang.
Kalau sebelah malam, korang akan nampak ramai orang makan ikan panggang kat sini. Bukan saja sedap,.. MURAH lagi...ikan tuna, ikan uji rashid, ikan bawal, ikan putih, sotong, pari, udang semua ada sini..GERENTI FRESH beb..
Berbalik kepada cerita pasal aku & adik aku. Kita orang order Ikan Pari, Ikan Tuna, Latto (Rumpai laut) & Putu (Makanan tradisi suku Bajau). Tapi kalau order benda ni semua, tak lengkap tanpa sambal yang di buat khas..lain gerai, lain rasa..so pandai2 lah beb nak pilih. Aku boleh kata makan kat pasar malam ni murah berbanding pasar kat semenanjung. Kita orang cuma bayar RM24.00 shj.

Ikan Pari                  RM7.00
Ikan Tuna                RM10.00
Latto                        RM1.00
Putu                         RM1.00 
Nasi Putih X 3        RM1.50
100 plus                  RM2.00
Nescafe Susu          RM 1.50
TOTAL                   RM24.00 (Untuk 2 orang)

Itu pun aku angkat tangan surender..tak larat nak habiskan. Bah, teman semua, kalau ada kesempatan try lah tempat ni. Klu nda tahu tempatnya...aku boleh tunjuk kan..hehe
Rugi kalau tak cuba bila berada di Kota Kinabalu..

Sunday, March 6, 2011

Aku & City Run 2011 Kota Kinabalu

March 6, 2011- Ahad
Aku, Akim, Renato & Termizie join acara City Run 2011 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Acara ni memang dianjurkan setiap tahun oleh DBKK, secara percuma tanpa pendaftaran. Tapi, yang paling menarik...ada LUCKY DRAW beb...antara hadiahnya..LCD TV 42", Peti Sejuk, Notebook, Mountain Bikes, Handphones, Cooking oven, Hamper, Voucher dan mcm mcm lagi lah yg aku x sempat notice...

Anyway, semua tu based on luck kita orang lah..dah namanya LUCKY draw puun.
Untuk pengetahuan semua, (sebelum korang tanya kami dpt kah tak)..kami berempat ni langsung x dpat hadiah lucky draw..adeeh hampa beb. Tapi walaubagaimanapun kita orang dapat sijil & voucher discount n x dilupakan, dapat senaman kurang kan lemak hahaha!!!

Untuk teman bloggers semua, korang tatap lah serba sedikit gmbr yg dpt aku tangkap dgn gunakan handphone nokia aku...






Ni gambar lepas acara larian. Orang ramai tgh dok claim kupon utk lucky draw.
Tak dapt ambik gmbr masa org ramai lari..al maklum lah kita pun ni dok sibuk lari....


Di anggarkan lebih dari 9 ribu orang menyertai acara ni. Dari kanak2 sampai yang berumur, lelaki, perempuan dan dot dot dot..haha.







Time ni matahari dah naik, mungkin dlm jam 10 am. Klu ikut kan Padang ni penuh..tapi ramai yang lepak kat pokok tepi padang sbb cuaca agak panas.

Acara yang di nanti ialah LUCKY DRAW..






Sekarang gmbr gmbr aku dgn geng2 aku...


Baru habis claim kupon..tgh dok rehat bawa kawasan yg mendung...smbl posing bergmbr


 Duduk minum dulu..penat ni...



 Adik aku ber'background" kan anggota RELA..


penat..tggu org ramai habis claim kupon

Ren tgh dok tggu lucky draw yang x ksampaian numbernya...

Anyway, biarpun x dpt lucky draw, sekurang kurangnya dapt senaman beramai2 dgn warga Kota Kinabalu. Harap di tahun depan dapt join lagi. Thanks for viewing this blog.
Till some other free time..i shall write again.
Salam 1 Sabah, 1 Malaysia...

Saturday, February 26, 2011

Aku & Memancing..

Aku & C Ikan Buntal
C Ikan buntal
Adik aku dgn ntah ikan apa ni..hehe
Anak Ikan Kerapu lagi
Assalammualaikum...salam pertemuan di alam maya. Hehe ni kali aku nak cerita pasal memancing. Klu ikut kan Sejarah..ini 2nd time aku p memancing. 1st time experience di Sandakan. Itu pun dulu dulu time masi budak..itu pun memorinya dah kabur dari ingatan ku. Untuk ni kali aku nak cerita pasal memancing kat Kota Kinabalu...port memancing yang terpampang kat gambar tu ialah berhampiran Sutera Harbour resort..bukan dalam resort, tapi berhampiran dgn resort tu lah. Mostly bukan byk kaki pancing yang tau ni tempat..jarang ada kaki pancing kat c ni..cuma org2 tertentu ja.

Tempat ni kawan aku..Jordin atau Joe, yang bagitau. Dia ni kira jadi gian memancing ja..asal call tanya kat mana..jawabnya mmancing. Dah sah lah tu ketagih mmancing..Aku pun nak rasa lah memancing kat Sutera ni..
Aku rasa tempat ni memang best, view dia memang cantik, especially time matahari nak terbenam..marvellous lah org putih ckp. Klu mamat2 & minah2 yg minat photography..memang ni lah antara tmpt yang sesuai utk mereka..


 Klu cakap pasal hasil tangkapan...tak berapa memuaskan... Mostly ikan yang kami dapat tangkap, anak ikan kerapu, 1 ikan buntal and 1 ikan....hmmm aku pun tak tau..lupa nama dia. Mungkin umpan sotong ni kurang menarik ikan2 di laut tu. Mungkin ikan ikan nak umpan makanan fast food..haha..
Walaupun begitu, aku mungkin akan mencuba nasib lagi klu ada lain kesempatan...Kota Kinabalu ni dikelilingi port memancing yg byk...utara, selatan, barat ke timur semua ada port yg baik punya. Cuma masa ja yg tak mengizinkan..almaklum ja..berkerja..hehe




Bah..aku nak peg jogging dulu...nanti lain kali aku sambung..k till some other time..Thanks for viewing..





Menunggu c ikan dugong haha
Posing dulu lah
Mengenakah?
Belum mengena...
Pancing tersangkut



Follow Me!
Get this widget here