Lets have break a while

Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa...apa kata ku


Hikayat Merong Mahawangsa aka The Malay Chronicles: Bloodlines sebuah filem arahan Yusri Abd Halim di bawah syarikat mereka KRU studios merupakan filem termahal di Malaysia. Belanja yang dikatakan menelan hampir RM 8juta, memang belanja yg besar dalam dunia perfileman Malaysia.

Setelah aku menonton filem ni, aku boleh katakan satu peningkatan yang baik untuk filem Action/Epic arahan orang tempatan Malaysia. Nak kata aku sangat berpuas hati tahap gaban..hmmm tak juga. Nak kata tak bagus..tak juga. Kalau di bandingkan dengan cerita  Puteri Gunung Ledang, kedua duanya ada kelebihan masing2. Cuma aku rasa scene Puteri gunung Ledang lagi cantik.
Aku tabik dengan pembawaan watak yang di lakonkan oleh Stephen Rahman- Hughes dlm filem ni. Memang kita ketahui Stephen Rahman memang seorang pelakon teater yang sangat berkebolehan. Sudah semestinya pembawaan watak seperti dalam filem ni begitu mudah baginya. Begitu juga watak yang di lakonkan oleh Ravi (Indian guy at Goa)) dan Gavin (Putera Rome)..sangat baik bagi aku. Aku cuma agak kecewa sedikit dgn watak Umi Nazeera yang nmpk tak natural..mcm tak se-level dgn lakonan Stephen Rahman. Aku rasa more better watak Meng LiHua (Jing Lu) & Ying Ying (pembantu puteri China)...nmpk menarik dan bersahaja.

Aksi pertarungan ada peningkatan klu di nilai dari sudut aksi perfileman tempatan. Klu international opinion...hmmm no comment lah. Mungkin, kebanyakan orang orang di Malaysia ni, termasuk saya telah lama sudah di sajikan dgn aksi filem serupa ini dari Negara Thailand. Contohmya filem Ong Bak 2. So mostly cannot expect a big WOW from penonton local. But anyway, for me it was okay but not so perfect.
Why?..gerak perlawanan yang di lakonkan watak pembantu yang ramai kelihatan kaku. Mungkin ada yang tak perasan kerana terlalu menumpukan kepada aksi lawan watak yang utama. Selain itu, aku rasa gaya rambut watak orang ramai atau pengikut Merong mcm ketara sangat tak real. Mcm2 stail ada..rambut potong sting, rambut potong layer ala ariel peter pan pun ada..haha. Mana ada kurun ke-16 rakyat pki rambut serupa tu...aku pun tak tau lh.
Aksi tikam2...memang lawa/cantik juga lah. Tak sangka jugalah akhirnya ada pelakon Malaysia dapat dilihat dalam aksi tikam yang nmpk  real. Ingat nak tggu lama lagi.hehe
Anyway, aku rasa filem ni patut di tonton oleh semua warga yang berada di Malaysia...mungkin kita akan dapat rasakan satu gerakan perubahan dalam industri filem Melayu. Kerana, filem ini menonjolkan sesuatu yang kita harapkan patut berada dalam adegan filem Malaysia pada era ini.

A BIG congratz to KRU Studios especially Yusri and all the Actors for making this film happen in Malaysia. This was a big Kick start from KRU studios for making such film like this. Aku harap masa akan datang, akan ada filem yang serupa filem DEJAVU atau Taking Pelham 123 yang ada unsur letupan tengah bandar atau aksi cemas yang cantik garapan plotnya. Bukan nak tiru cara orang luar, tapi biar kita buat cara Malaysia dengan impak yang WOW. Aku pun tak nak dengar orang cakap kita ni copycat. Apa orang kata tu..FILEM KITA WAJAH KITA..

Okay lah geng semua..sampai disini ja buat masa ni..Di kesempatan yang akan datang, aku try lagi tulis apa ku rasa tentang apa ja..klu tak keberatan baca ja ya. Hingga kita brtemu lagi dilaman sesawang blogger ini..huuhuhuhehe cao...Assalammualaikum



No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here