Lets have break a while

Thursday, April 21, 2011

Akademi Fantasia 9..apa kataku


Akademi Fantasia aka AF..siapa penduduk di Malaysia yang tak tau? Cakap pasal AF ni semua orang tahu. Dari yang kecik sampai yang kerepot semua tahu apa tu AF. Terus terang aku cakap, aku dah tak berapa minat dengan af ni. Mungkin dah bosan atau, mungkin aura rancangan ini dah tak mcm AF 2 & 3. Tapi aku jenis orang yang suka tengok pertandingan atau rancangan yang melibatkan nyanyian. Sebut ja apa rancangan, aku mesti tau serba sedikit. American Idol, Mentor, One in A Million, Akademi Fantasia dan banyak lagi. So aku adalah jenguk2 rancangan AF ni, saja nak tau apa yang terbaru..tapi..hmhmmmm..
Tapi sini aku nak cakap pasal AF 9. Aku langsung tak berapa berkenaan dgn mana mana satu pun peserta Af terakhir ni. Paling aku tak suka bab air mata, minta kesian dan korek cerita peribadi peserta...semua ni bukan unsur yang membina kehebatan seorang penyanyi. Dah masuk episod terakhir dalam cerita AF ni pun, jalan cerita masih sama mcm dulu. Tak jelak kah asyik asyik air mata..
Makin kena lagi dengan pengomen/pengkritik yang ntah komen peserta macam mau hadapi perang dunia ke-3. Korang tgk lah American Idol punya tukang komen..adakah mcm pengomen di Malaysia ni..stress sangat. Depa tu pelajar..hang nak komen mcm nak bunuh buat apa? Be cool lah..hiburan biar santai lah..orang kaunseling keluarga pun tak mcm pengkritik AF ni. Patutlah rating bukan tambah naik...malah turun. Aku rasa rancangan Mentor lebih baik sedikit dari AF ni.


Namun begitu, ada part yang aku sokong dalam AF terakhir ni. Operasi penguguran dan kemasukan pelajar baru. Bagi aku, aku sokong Hazama untuk masuk AF yang terakhir ni. Bagi aku dia paling layak. Mengapa?
Terus terang pada mula pembabitan Hazama di AF suatu ketika dulu, aku langsung tak minat. (Bukan tak Suka ya..) Dulu aku rasa dia mcm tak ada X factor untuk jadi artis. Namun, lama kelamaan, pembabitannya dalam rancangan ASTRO yg melibatkan nyanyian, undangan menyanyi bersama Meet Uncle Husin (MUH) nampaknya telah memberikan peningkatan yg baik dalam nyanyian beliau.
Bukan itu saja, sebab paling utama aku jadi minat kat Hazama ni sbg artis kerana attitude dan keramahannya. Dulu pada 3 oktober 2010, ada acara Gempak Selebriti Astro di Centre Point Mall Kota Kinabalu. So, banyak lah artis artis AF AStro ni kat sana. Ikut ingatan ku yang ada masa tu, Zahid, Akma, Amelia, Yasir, Nadia, Toi...banyak lagi lah aku dah lupa. Dalam ramai2 ni, termasuklah Hazama. Kebetulan aku dgn kawan aku duduk lunch di restoran yang sama dengan mereka ni, kebanyakan  artis artis ni..buat tmpt tu mcm dorang ja yang ada sana. Senyum pun payah. AKAN TETAPI..hanya HAZAMA sahaja yang memberikan teguran yg ramah kepada kami. Bukan sekali, tapi 2/3 kali. Dari situ terbuka hati aku untuk mengambil perhatian akan perkembangan Hazama. Disebabkan ramah dan tak sombongnya Hazama, aku rasa dia adalah artis yang terbaik di kalangan mereka pada hari tu, dan telah merubah aku jadi penyokongnya.
Aku berharap dia dapat masuk AF9 kali ni..dan harap dia dapat mencipta satu kejutan untuk jadi Juara Terakhir AF9. GO Hazama!!! Good Luck to you bro, may you become the Champ!
Hazama & Aku



Tuesday, April 19, 2011

Bila aku naik Kapal Terbang 2

Mount Kinabalu: view from Airplane

The Peak of Mount Kinabalu


Seperti yang aku janjikan...sini aku ada upload lagi gmbr time aku naik Air Asia airlines Kota Kinabalu ke Sandakan. Penerbangan dari KK ke SDK mengambil masa 40 minit sahaja. Tapi kebiasannya, selalu aku naik kapal ke sandakan, masa yang diambil mengikut pengiraan ku 30 minit sahaja.

Point yang aku nak cerita ni pasal gambar di atas. Cantik pemandangan puncak gunung Kinabalu. Gambar ni aku ambik dari atas kapal terbang. Kalau yang kaki photography ni mesti dorang teringin nak ambik gmbr mcm ni. Untuk dapat view ni..korang kena ambik seat yang sebelah kiri menhadap kokpit pilot. Kebiasaan flight dari KK ke SDK akan buat turn bila menghampiri puncak kinabalu. Passenger yang duduk sebelah kanan tidak akan nampak view ni. Kalau aku tak silap ambik seat yang ada huruf A atau F.


Untuk kaki gambar..bah apa lagi tggu. Ini moment yang berharga haha...Okay guys..until some other time..Enjoy your trip if you all go to Sabah (Borneo) "The Land below The Wind"






Saturday, April 16, 2011

What he thinking about?

Good morning saturday!!!

What this young tourist thinking about?


I just wondering what does he think about and sit in the middle of Bandaran berjaya side road?..hmmm..it could be he need a morning warm feel from the sun or waiting for his friend(s), or may be he just tired and need some rest.
But anyway, people here in KK just ignore him...its just like a normal things happen when some tourist do things like that. Like there was some fine day at Jesselton Point..a couple tourist just wear a boxer (male) and bikini (female) in the middle of KK city. Local people here just watch and smile and do their things normally. Not like 10 years before..local people will re-act differently. Now a day they more open minded already..not like in "kampung". If this young tourist do this at "kampung", for sure they thinking this guy was "sot sot"..hehe.

Anyway, some local sensitivity matter have to be aware by some tourist. People in Borneo (Sabah) are reasonable and educated, but still holding on to the good culture and manner of asian people. Local people are understanding, they are respecting other people if other people respect them.

Wednesday, April 13, 2011

Bila aku naik Kapal Terbang...

Pemandangan sebahagian dari Kota Kinabalu
Cantik nya kepulan awan..

Kota Kinabalu City yang kelihatan begitu kecil


Melepasi awan..


Bila aku naik kapal terbang...ya ..aku suka tangkap/ambil gambar pemandangan di atas awangan. Aku tak peduli bila flight stewardess or Captain kapal kasitau sila matikan peralatan elektronik atau handphone ketika berada di pesawat. Haha gatal tangan aku buka juga..geram tengok pemandangan yang cantik macam gmbr kat atas. Ada banya lagi gmbr tapi aku tak tau mana aku simpan..klu aku jumpa nanti...aku akan upload

Friday, April 8, 2011

Thank you for kind support

Back at hometown for 3 days. A short days at my peaceful hometown for some unfinished business. Last 2 days was busy thinking & doing about it. Now it been finalized, and really appreciate to my beloved family for helping & for the special one, i knew you always helping me in anyway you can. Love you, thanks so much.
Wish me luck on it..may this 2nd time application come with an answer "BERJAYA". I really need it. To you my God (Allah), i pray to you and asking for your help to assist me on this matter. There is no other place i am looking for help..only you. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. Syukur for it.

Sunday, April 3, 2011

Digi Internet Prepaid..hmmm ish ish ish

Untuk teman teman yang belum tahu..aku nak khabarkan bahawasanya Digi Internet Prepaid telah mengubah nilai prepaid top up nya...Kepada sesiapa yang memakai Digi Internet Prepaid yang di daftarkan SEBELUM 1 March 2011, nilai top up RM10.00 akan boleh diguna pakai selama 5 hari. Manakala, bagi yang di daftarkan SELEPAS 1 March 2011, nilai top up RM10.00 hanya boleh diguna pakai selama 2 hari sahaja!!!
Hey!!! bengang aku dibuatnya..klu ku tahu!!!
Akan TETAPI/BUT, bagi mereka yang daftar SELEPAS 1 March 2011, nilai top up RM100.00 akan boleh diguna pakai selama 100 hari...wooo. Tapi bagi yang daftar SEBELUM 1 March 2011, nilai top up RM 100.00 hanya boleh diguna pakai selama 50 hari sahaja.
Nampaknya polisi baru Digi ni ada "win win situation" kepada pelanggannya. Tapi mcm aku ni, bukan boleh pakai 100 hari tu berterusan. Office dah ada Wi-fi, kira 100 hari tu macam jarang guna lah kiranya...so tak berbaloi bagi aku. Aku guna internet prepaid ni pun untuk masa tertentu bila ada kat rumah. Aku tak nak lah attach dengan monthly subcriptions..komitmen yang tak wajib pun.
So, Cadangan aku untuk Digi lah kan..apa kata Top up RM10.00 tu ditambah nilai penggunaannya selama 3 atau 4 hari. Jikalau itu menjadi keberatan, apa kata untuk nilai top up RM10.00 yang dibuat sebanyak 3 kali dalam sebulan(4 minggu), akan mendapat 3 hari tambahan tempoh penggunaan internet prepaid. Dengan cara ni, sekurang kurang nya, pengguna rasa ada kebaikan dan kelebihan berbanding provider lain.
Takkan Digi nak pelanggan mereka beralih arah ke provider lain kot??..apa kata korang fikir fikirkan lah cadangan aku ni.
Follow Me!
Get this widget here