Akademi Fantasia aka AF..siapa penduduk di Malaysia yang tak tau? Cakap pasal AF ni semua orang tahu. Dari yang kecik sampai yang kerepot semua tahu apa tu AF. Terus terang aku cakap, aku dah tak berapa minat dengan af ni. Mungkin dah bosan atau, mungkin aura rancangan ini dah tak mcm AF 2 & 3. Tapi aku jenis orang yang suka tengok pertandingan atau rancangan yang melibatkan nyanyian. Sebut ja apa rancangan, aku mesti tau serba sedikit. American Idol, Mentor, One in A Million, Akademi Fantasia dan banyak lagi. So aku adalah jenguk2 rancangan AF ni, saja nak tau apa yang terbaru..tapi..hmhmmmm..
Tapi sini aku nak cakap pasal AF 9. Aku langsung tak berapa berkenaan dgn mana mana satu pun peserta Af terakhir ni. Paling aku tak suka bab air mata, minta kesian dan korek cerita peribadi peserta...semua ni bukan unsur yang membina kehebatan seorang penyanyi. Dah masuk episod terakhir dalam cerita AF ni pun, jalan cerita masih sama mcm dulu. Tak jelak kah asyik asyik air mata..
Makin kena lagi dengan pengomen/pengkritik yang ntah komen peserta macam mau hadapi perang dunia ke-3. Korang tgk lah American Idol punya tukang komen..adakah mcm pengomen di Malaysia ni..stress sangat. Depa tu pelajar..hang nak komen mcm nak bunuh buat apa? Be cool lah..hiburan biar santai lah..orang kaunseling keluarga pun tak mcm pengkritik AF ni. Patutlah rating bukan tambah naik...malah turun. Aku rasa rancangan Mentor lebih baik sedikit dari AF ni.
Namun begitu, ada part yang aku sokong dalam AF terakhir ni. Operasi penguguran dan kemasukan pelajar baru. Bagi aku, aku sokong Hazama untuk masuk AF yang terakhir ni. Bagi aku dia paling layak. Mengapa?
Terus terang pada mula pembabitan Hazama di AF suatu ketika dulu, aku langsung tak minat. (Bukan tak Suka ya..) Dulu aku rasa dia mcm tak ada X factor untuk jadi artis. Namun, lama kelamaan, pembabitannya dalam rancangan ASTRO yg melibatkan nyanyian, undangan menyanyi bersama Meet Uncle Husin (MUH) nampaknya telah memberikan peningkatan yg baik dalam nyanyian beliau.
Bukan itu saja, sebab paling utama aku jadi minat kat Hazama ni sbg artis kerana attitude dan keramahannya. Dulu pada 3 oktober 2010, ada acara Gempak Selebriti Astro di Centre Point Mall Kota Kinabalu. So, banyak lah artis artis AF AStro ni kat sana. Ikut ingatan ku yang ada masa tu, Zahid, Akma, Amelia, Yasir, Nadia, Toi...banyak lagi lah aku dah lupa. Dalam ramai2 ni, termasuklah Hazama. Kebetulan aku dgn kawan aku duduk lunch di restoran yang sama dengan mereka ni, kebanyakan artis artis ni..buat tmpt tu mcm dorang ja yang ada sana. Senyum pun payah. AKAN TETAPI..hanya HAZAMA sahaja yang memberikan teguran yg ramah kepada kami. Bukan sekali, tapi 2/3 kali. Dari situ terbuka hati aku untuk mengambil perhatian akan perkembangan Hazama. Disebabkan ramah dan tak sombongnya Hazama, aku rasa dia adalah artis yang terbaik di kalangan mereka pada hari tu, dan telah merubah aku jadi penyokongnya.
Aku berharap dia dapat masuk AF9 kali ni..dan harap dia dapat mencipta satu kejutan untuk jadi Juara Terakhir AF9. GO Hazama!!! Good Luck to you bro, may you become the Champ!
Hazama & Aku |
No comments:
Post a Comment