Lets have break a while

Sunday, July 17, 2011

Pekebun 'Bertelanjang' untuk promo sayur & buah.

Mungkin tajuk agak ganas atau pun sensor...tapi ini memang berlaku. Lihat Video ini:-
Hal ini sebenarnya berlaku di Spain. Jangan risau beb, not 100% naked for viewing.hehe
Lelaki di atas merupakan salah seorang yang penting/berpangkat dalam persatuan pekebun atau peladang di Spain. Beliau sanggup membuat iklan sedemikian kerana untuk mempromosikan buah buahan dan sayur sayuran di Spain. Ini kerana, sebelum ini, Spain telah dikejutkan dengan Wabak Bacteria E.Coli yang terdapat pada sayur dan buah buahan di Spain.
Perusahaan pertanian mereka ini mengalami kejatuhan yang sangat teruk akibat wabak itu. Namun setelah masalah di atasi, kini mereka cuba untuk mempromosikan  sayur & buah dan membersihkan nama baik mereka. Haha..macam macam hal..tapi tak sangka orang atasan sanggup melakukan demikian untuk memulihkan imej pertanian mereka.

Friday, July 15, 2011

Gol Si penjaga gol


Pernah berlaku, tapi jarang jarang kita tengok. Gol yang dijaringkan oleh penjaga gol, itulah yang berlaku di California. Kunjungan team West brom dari england, di kejutkan dengan jaringan penjaga gol team San Jose Earthquakes, David Bingham melalui sepakan terus dari kotak tiang golnya memasuki gawang West Brom.
Menurut David Bingham, dia tidak menyangka bola yang ditendangnya masuk ke gawang lawan. Dia terasa tendangannya agak over kuat sedikit, lalu dia berpaling, tapi dengan tiba tiba orang menjerit gol..bila dia lihat ianya gol dari sepakannya. sesuatu yang dia tak menyangka katanya.
Perlawanan ini berkesudahan West Brom tewas kepada team San Jose Earthquakes dengan jaringan 1-2.

Thursday, July 14, 2011

Arsenal kalahkan Malaysia 4-0 (13 July 2011)

Memang di duga tapi ku tak menyangka.....4-0.

Bukan nak kata, bukan nak menghina...aduh kusangka tak jauh jarak beza...4-0 terlalu jauh dari yang disangka. Seperti di anak anak kecilkan pemain kita. Memang di akui level mereka jauh berbeza, tapi untuk mengekalkan kosong (0) hingga minit akhir..aduh sungguh mengecewa. Mungkin depa terlalu nervous kot?..minit awal ja dah penalty kick. Macam mana lah nak layak ke piala Dunia...Sabar ja lah. Harap friendly match ni membuka mata semua agar berusaha lagi gigih.

Friday, July 8, 2011

Insiden Eskalator di China


Insiden yang berlaku pada pagi selasa di Beijing, China, escalator Stesen Zoo Beijing  yang bergerak keatas tiba tiba bergerak bertentangan menyebabkan ramai pengguna escalator itu terjatuh ke bawah. Kejadian tersebut telah mengorbankan seorang budak yang berusia 13 tahun dan mencederakan seramai 30 orang. Menurut seorang mangsa, escalator yang bergerak keatas itu mengeluarkan bunyi seperti crash, dan tiba tiba pergerakan nya bertukar kebawah. Ramai orang yang jatuh menyebabkan  mereka terhimpit dan ada yang cedera.
Macam macam ada...

Tuesday, July 5, 2011

15 Wanita Tercantik Dunia 2011

Untuk tatapan member/followers aku yang tak bosan singgah di laman blog Kelana Pujangga's View. Entry hari ni, aku nak show 15 Wanita tercantik di dunia berdasarkan keputusan undian dari laman Askmen.com. Mostly ada antara mereka ni memang terkenal membintangi filem-filem Hollywood.
Wanita wanita ni layak atau tidak terpulang dari kita untuk menilai. Lain orang, lain pandangan, lain pendapat. So, mari kita tengok senarainya:-

1. Blake Christina Lively












2. Mila Kunis


3. Sofia Vergara

















4. Selita Ebanks
















Monday, July 4, 2011

HEBAT!! Tupai melintasi Lamborghini Sport Car


Sesuatu yang jarang anda saksikan. Seekor tupai memintas kereta sport Lamborghini yang sedang memecut. Kalau aku tengok dalam video ni, tupai tu tak apa2.Kejadian yang tak diduga ni berlaku di California, US di kala pemilik kereta jenis Lambo ni mencuba kemahiran mereka memandu kereta masing masing di litar.
(Awas: Jangan tiru aksi ini) haha

Friday, July 1, 2011

UNSTABLED

There is wide time for me,
There are uncountable ideas flying around,
BUT i am sorry i am unable to blogging at this moment,
My feeling is unstable...its hurt so much. I really meant it.

Tuesday, June 28, 2011

Pelajar Malaysia pemenang cipta logo Transformer

Tahniah! Tahniah!
Buat pelajar Malaysia yang berusia 17 tahun , kerana memenangi pertandingan mencipta logo filem Transformer: Dark Of The Moon. Lihat logo ni..mantap woo.
Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli telah diistiharkan sebagai pemenang pertandingan "Iridescent Artwork Competition" mengalahkan banyak pesaing antarabangsa. Menurut, Wan Muhammad hazzim. dia hanya mengambil masa setengah hari untuk menyiapkan rekaan nya. Berita kemenangan beliau telah diberitahu melalui email dan laman sosial facebook. Logo yang dicipta ini akan diguna pakai untuk Konsert Jelajah Linkin Park di Moscow.
Bangga gila ooo! International level tu.
Anyways, we are proud of it as a nation of Malaysia. Keep it Up!

Makanan yang tak ingin anda makan! Eeeeh

Tak di sangka juga, di Indonesia ada juga yang sediakan juadah yang tak sepatutnya. Macam gambar diatas ni. Ni gambar kawasan pemotongan daging ular di Jawa Tengah untuk diedarkan di restoran2 tertentu disana. Kalau di Filipina pula satu makanan yang aku rasa ganjil iaitu "Balut". Aku pun tak berapa pasti macam mana depa buat. "Balut" ni dorang guna telur yang nak separuh menetas lepas tu direbus. Macam dalam gambar ni
Macam macam ada. Daging buaya, tenggiling, katak, anjing malah di Jepun sampai ada makan daging bayi..eeeh. Kalau aku,  tengok pun bukan terbuka selera...termuntah adalah.... Dah melampau lah dunia orang orang ni. Apapun just kongsi info ini untuk member semua.

Tapi itu selera dorang.

Monday, June 27, 2011

OPOCOT:Rihanna Jatuh lagi masa konsert


Tengah dok siuk2 buat persembahan seksanya di Konsertnya di Edmunton, Canada, Rihanna telah terjatuh. Kejadian ini telah disaksikan 16000 peminatnya. Kalau tgk video ni, sebab langkah kaki yang tersangkut di kaki sendiri...untuk cover semuanya dia teruskan saja persembahan dengan tersenyum..haha. Show must go on!
Ini bukan kejadian pertama minah ni jatuh time buat persembahan.  Korang tgk video ni lagi...


P/S- korang jatuh tak semesti kareer akan jatuh

PERSONAL: Datuk ibuku orang barat

Datuk ibuku orang barat. Setelah ada beberapa orang bertanya dengan kami adik beradik..mengapa korang semua ni putih muka macam mix? Akhirnya ibu bagi tau aku dengan adik beradik aku tadi masa breakfast.Bapa ibunya ialah  orang putih (barat). Ibuku masa tu masih kecil masa dia tahu hal ini, cerita keseluruhan ibuku tak berapa ingat. Namun perpisahan berlaku antara Datuk dan neneknya masa ibuku belum lagi lahir. Datuk ibuku telah berpindah ke satu daerah lain. Setelah berapa lama terpisah, namun datuk ibuku masih ingat akan keluarganya. Surat & gambar pun di kirim kepada nenek ibuku. Tapi semua surat dan gambar tidak pernah sampai ke tangan nenek ibuku. Ini gara2 arwah Mr Maing (kira keluarga terdekat) tidak pernah menyampaikan surat & gambar ini pada nenek ibuku. Apabila tiba detik Mr Maing menghampiri saat hayatnya, barulah arwah ni meminta orang memanggil nenek ibuku sekeluarga untuk dia mencerita hal sebenar. Kejadian perkara itu begitu menyayat hati nenek ibuku sekeluarga...tapi semua dah terlewat.
Bila aku dengar cerita ni, aku terasa macam drama bersiri dalam TV pulak haha. Kalau lah dapat di jejak semua ni..boleh lah aku dapt sah kan semuanya. Aku tak kisah kalau orang lain tak percaya, tapi aku tetap percaya apa yang ibuku katakan..

P/S- just a story to be recorded here.

Saturday, June 25, 2011

Lapang rasa balik kampung

Hari ni dah awal pagi bangun..bukan nak pergi kerja, tapi balik kampung. hehe
Lapang rasa hati ni bila dah sampai kampung. Berbulan dah tak balik...rindu nak rasa masakan mak. Akhirnya ari ni dapat juga. syukur alhamdulillah...

Thursday, June 23, 2011

Iran akan hantar Monyet ke angkasa lepas
















Menjadi persoalan dan kebimbangan kuasa barat, apabila kerajaan Iran merancang untuk menghantar monyet ke angkasa lepas untuk tujuan  percubaan sebelum menghantar manusia pada tahun 2020.
Perancangan untuk menghantar monyet ni dijangka akan dilakukan pada 23 Julai hingga 23 ogos 2011. Sebuah kapsul seberat 285kilogram akan membawa monyet itu sehingga ke ketinggian 120 kilometer, dan kemudian peluncuran ke angkasa akan menggunakan roket Kavosghar-5. Menurut, Hamed Fazeli, Ketua Bahagian Angkasa lepas Iran.
Kuasa barat bimbang Iran akan mengembangkan kuasa nuklear mereka dengan melakukan kajian sedemikian. namun Kerajaan Iran, menggesa bahawa mereka melakukan itu untuk persediaan untuk mengorbit bumi dan mendapatkan gambar keseluruhan bumi.
Apapun kita tak tahu lagi apa yang sebenarnya dilakukan Iran. Namun aku tabik dengan kemajuan teknologi Iran. Harap Malaysia pun akan maju dalam bidang yang sama.

Sumber Rujukan: Mail Online

Lari 100meter dengan Kasut tumit tinggi


Macam macam perkara dilakukan untuk mengambil perhatian.  Di Kota Zagreb, croatia satu acara lari 100 meter dengan berkasut tumit tinggi diadakan pada 18.6.2011. Acara ini telah mendapat sambutan dari 70 peserta wanita. Syarat utama yang diperlukan ialah berlari dengan kasut tumit tinggi yang berukuran paling kurang 8 sentimeter. Sebelum acara dimulakan, pemeriksaan ukuran dilakukan. Hanya Kasut yang berukuran  8 sentimeter dibenarkan untuk mengikuti acara ini dan sekiranya kurang 8 sentimeter, akan dianggap tidak layak.
Aku rasa siapa yang lari tanpa menghadapi sebarang masalah 'tersandung'...memang hebat. Haha Macam macam Adaaaaa..

Tuesday, June 21, 2011

Pesanan untuk Wanita seluruh dunia


Renungan Untuk Wanita Akhir Zaman

Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
“saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda: “apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.

AWAS! Penipu top up handphone credit

Berhati hati kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang anda tidak kenali. Kelmarin buah hati aku terima sms yang menyatakan aku berada di balai polis kerana ada masalah. SMS itu juga menyatakan untuk meminta tolong top up kan RM30.00 ke nombor maxis  baru yang kunun nya milik aku. Dan dia mengarahkan supaya jangan call nombor yang lama. Mesej yang di sampaikan nampak 'urgent'.
Mujur buah hati aku ni, dia ambil tindakan yang betul dengan menghubungi aku. Pada masa itu aku sedang duduk lunch dengan rakan sekerja. Aku menyuruh buah hati ku ni supaya jangan percaya, dan menyatakan aku tak apa2. Aku minta dia sms nombor penghantar mesej itu.

Dari apa yang kami alami ni, nampaknya ada satu kumpulan penipu top up yang cuba mengenakan orang orang tertentu. Sekarang ni, banyak sudah kumpulan scammer, penipu berleluasa menjalankan aktiviti haram mereka ni. So, pada member blogger semua, tolong sampaikan pada teman2 atau ahli keluarga anda berkenaan kes serupa ini.
Untuk info member semua, nombor yang hantar mesej tu ialah 6585756179880 dan nombor yang minta di top up kan ialah 0178942501.

P/S- risau kalau terkena adik2 atau ibu ibu yang dah tua, atau org yang cepat panik...

Pukau: betul kah tidak?(CERITA)

Benarkah pukau ini berlaku? Nak kata tak betul, tapi ramai orang cakap memang ada terjadi. Malah bukan setempat, merata rata tempat di Malaysia ni. Aku nak cerita sikit pasal cerita orang yang kena pukau kat tempat kerja aku ni.

Kami mempunyai seorang pekerja sekuriti yang aku tak ingin sebut nama menghadapi masalah isteri yang kena pukau. Mereka dah kahwin agak lama jugak lah, dan mempunyai seorang anak. Nak kata sekuriti tu hensem tak juga, tapi isterinya boleh di kategorikan seorang yang cantik dan juga masih muda. (pasangan bukan islam)

Sunday, June 19, 2011

Dato' M. Nasir buat iklan lawak..hmm?


He he...M. Nasir tuuuu...Artis kita di Malaysia sekarang dah smart. Nak tambah pendapatan? antara langkah yang elok, jadi duta produk. Tak kira produk makanan, kecantikan malah ada juga produk yang melibatkan 'toilet'. Janji depa bole bagi bayaran lumayan. Betul tak? Peluang macam ini lah yang kebanyakan artis di Malaysia inginkan. Al maklumlah, nak cari pendapatan lebih dalam dunia hiburan tanahair kita yang kecil ni memang satu cabaran. Kebanyakan artis baru yang mempunyai peluang yang banyak,tapi artis lama ada kurang sikit. So, antara platform meningatkan pendapatan ialah jadi duta produk. Apa pun iklan Dato M.nasir ni aku suka...satu kelainan di atas jenama M.Nasir.

P/S- bila lah aku jadi duta produk ni?...hehe

Saturday, June 18, 2011

Selebriti Kita: Mengandung tapi tetap ber'party'



You Tube HIT!!! Baby main gitar...


Awesome!!!! yeah rock baby!
Video you tube yang mendapat jutaan view dari pelayar internet mencecah 1.6 juta. Kehebatan CGI telah memungkinkan sesuatu yang tidak mungkin dilihat oleh mata kita pada dunia realiti. Hasil kerja yang hebat.

Friday, June 17, 2011

RIUH:Pengantin baru di rampas kekasih gay!!


Entah betul atau tidak...pasangan pengantin baru di China terkejut bila kekasih si pengantin lelaki, juga seorang lelaki (gay) datang mau merampas dari pengantin perempuan. Haha..dunia dunia. Aku pun tak tau berita ni betul atau tidak. Ada orang cakap dorang saja buat video ni supaya dapat rating tinggi. Tapi memang news ni famous 2 hari lepas.
Mungkin ada member yang tak faham. Di sini aku ada sertakan sedikit translation yang lebih kurang maksudnya:-
Si Kekasih (Gay): Kau diam!! aku dah lama sama2 dengan dia sebelum you!
Pengantin Perempuan: apa maksud kau yang kamu berdua sama2 ha!?
Pengantin Lelaki: Oi Oooyyy!! jangan pukul2
Pengantin Perempuan: Siapa you (dengan bahasa kasar yang xxxx)
Si Kekasih: Diam Lah!
Bride: Ini perkahwinan aku, apa kau buat kacau2 sini? siapa kau? siapa dia ni?(bertanya pd pgntn lelaki)
Pengantin Lelaki: Nanti, nanti...
Pengantin Perempuan: Siapa dia ni? Kasih tau aku siapa dia ni?
Pengantin Lelaki: Biar aku terangkan d...
Si Kekasih: Jangan terangkan padanya!.
Pengantin Perempuan: Apa yang kau buat sini?!! Ini bukan urusan kau!
Pengapit: Sudah Sudah bawa bertenang
Pengantin Perempuan: Cakap dengan aku siapa dia!? siapa Diaaaa?!
Bride: Hey, kau balik siniiii!

Si Kekasih (Gay) tu pun membawa lari si pengantin lelaki...
Gila gila punya cerita...kalau ini kisah benar..memang betul dah akhir zaman sudah. ishish..

Thursday, June 16, 2011

Marah & Rindu

i miss you Pictures, Images and Photos



Aku marah tapi aku tetap rindu
Dirimu marah aku tetap rindu
Aku rindu biarpun aku marah
Kuharap dirimu rindu bila marah
Kerna rasa ini hadir pada cinta yang sebenar..dari dalam hati

Wednesday, June 15, 2011

Website kerajaan Malaysia akan di "Hack"?

Pagi ni bila aku buka newspaper, aku terbaca satu kolum yang menyatakan sebuah kumpulan pengodam (Hacker) akan hack website kerajaan Malaysia.













Menurut news ni, kumpulan yang dikenali dengan nama "anonymous" akan hack website kerajaan Malaysia pada awal pagi khamis, jam 0330am waktu Malaysia. Ugutan ini juga telah disiarkan dalam bentuk grafik di laman web http://i.imgur.com/. Benarkah ini akan berlaku? Apakah tindakan kerajaan kita untuk menghalang mereka? itu menjadi persoalan yang dinantikan. So aku pun try surf di google tentang kesahihan nya. Memang terdapat pernyataan yang serupa. Di laman facepunch.com juga ada menyatakan hal ini.















Menurut pernyataan kumpulan hacker ni, mereka akan buat begitu kerana kerajaan Malaysia menyekat kebebasan internet rakyat, dan menganggap kerajaan kita 'world's strictest government'.
Kumpulan anonymous ni memang terkenal dengan tindakan sebegini, malah kebanyakan nya berjaya. menjadi pertanyaan dilubuk mindaku ini, Dapatkah kerajaan kita mengatasinya???

Tuesday, June 14, 2011

Manusia terpendek di dunia







Junrey Balawing dari Filipina telah dinobatkan sebagai manusia paling pendek didunia oleh Guiness World Record. Dengan ketinggian hanya 61 sentimeter atau lebih kurang 24 inci, telah merampas gelaran manusia terpendek di dunia mengalahkan pemegang rekod terdahulu Khagendra Thapa Magar dari Nepal.
Rekod terbaru ini telah diumumkan tepat pada harijadi Junrey yang ke-18. Junrey dilahirkan di kepulauan Mindanao, Filipina, dan mempunyai 3 adik beradik yang dilahirkan dengan ketinggian normal melainkan dia.
Junrey bersama sijil rekod & kek harijadinya


Monday, June 13, 2011

Juara milik Hazama di Konsert Akhir AF9.

Pada 12.6.2011, akhirnya rancangan realiti show Akademi Fantasia 9 melabuhkan tirainya dengan keputusan Hazama memiliki gelaran juara. Bagi aku, memang ini yang ku harap dan jangkakan berlaku. Tahniah buat Hazama. Seperti yang telah

Sunday, June 12, 2011

Penangan Cikgu Shida you tube.

Siapa sangka, seorang guru atau Cikgu yang di anggap 'gila gila' bakal berlakon. Anda mesti ingat gadis yang bergelar Cikgu Shida ini:-


Saturday, June 11, 2011

10 Ahli Perniagaan Terkaya Di Malaysia 2011

Pada februari 2011, pengesahan kedudukan 10 orang terkaya di Malaysia telah diumumkan melalui pelbagai media seperti Majalah, Website, Forbes dan sebagainya.
Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia sehingga kini, mengikut statistik aset harta masing masing:-

1. Tan Sri Robert Kuok








Perniagaan: Gula & Hotel
Aset kekayaan : RM 50.04 Billion

Thursday, June 9, 2011

Movie Day Aku: KL Gangster


The movie i been waiting for two month, KL Gangster is now showing at selected cinema all over Malaysia. Tepat jam 5:50pm akhirnya aku dapat tonton filem yang genre nya menjadi kegemaran aku ni. It was a great movie for me, biarpun kadangkala

Hentaman Blogger & Facebookers membuat Gambit Saifullah & Shah Jaszle Minta Maaf


Suara bloggers dan Facebookers akhirnya membuat Gambit Saifullah dan Shah Jaszle mengeluarkan kata MAAF gara gara video klip Prema Yin "Marilah".

Sila lah berkunjung, ber'download & beri comment

Untuk sahabat2, member2 bloggers & bukan bloggers, sudi sudikanlah diri anda untuk menjenguk page blog movie aku dan cerita jenaka penghilang stresss..

Download/Muat Turun
Senyum Jenaka

Tinggalkan lah komen anda untuk aku baca...kot bertambah semangat aku nak tambah lagi nanti...
Selamat Mencuba...

Monday, June 6, 2011

Kesihatan: Gastrik

Aku nak share sedikit info berkenaan masalah GASTRIK. Tercetusnya idea ni kerana perasaan concern yang timbul bila ada staff dan rakan sekerja yang menhadapi masalah ni. So aku rasa mungkin ada baiknya kalau aku share sedikit maklumat yang aku ada berkenaan masalah ni.

Gastrik atau nama saintifiknya gastritis, merupakan masalah yang kesihatan yang kerap kita dengari dan adakalanya boleh membawa kepada kanser perut. Gastric bermaksud perut manakala itis adalah radang. Kalau kita terjemahkan ianya di gelar Radang perut.

Sunday, June 5, 2011

Gambit Saifullah berang dengan Bloggers!!

Bengang!!! Berang!!! Amok!!!! haha.....sabar dik sabar....bawa mengucap.
Korang mesti sudah terbaca, tertengok, terdengar berkenaan video klip panas Prema Yin kan?...Oleh kerana banyak orang yang komen, komplen pasal video ni,  pengarah video prema yin ni naik angin. Korang mesti taukan siapa?
GambitSaifullah...sabar bro. Korang tengok dulu komen dia dalam twitter & Facebook:-

Kesibukan memontengkan Aku..

Salam untuk semua member bloggers...
Aku sibuk beberapa hari ni sampai tak ter-update blog aku. Kesibukan melanda diri yang memaksa aku untuk ponteng blogging...haha. Bukan aku ponteng apa...cuma terponteng dari meng'update' blog aku yang tak seberapa ni. But anyway...i am back...

Tuesday, May 31, 2011

Cara-cara membuat 'pages column' di dalam blogger.

Salam pada semua member2 bloggers yang berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Hari ni aku nak kongsi sedikit pengetahuan aku, bagaimana nak mengemaskan blog dengan meletakkan kolum 'pages' di dalam blog masing2. Ilmu ni nak aku tujukan pada member2 yang baru dalam dunia blogging ni macam aku. Saja aku nak share ilmu ni dengan member yang baru, moga moga ilmu aku akan bertambah lagi..hehe Aminn.  (CLICK PAGE TUTORIAL)

Sunday, May 29, 2011

KK is busy

Bermula dari 28hb Mei 2011 sampai hari ni, bandaraya Kota Kinabalu ni di penuhi kenderaan. Kira nampak busy lah dari kebiasaan. Keadaan ni mungkin akan berterusan hingga minggu depan. Al Maklumlah, cuti sekolah dah bermula..kebetulan pula pada mereka yang bekerja tidak kira kerajaan atau swasta mendapat cuti yang agak panjang ccccc kiiiiit... Kebetulan hari Isnin & Selasa ni sambutan Kaamataan (Pesta Menuai) dan merupakan public holiday di Sabah. So, mostly family buat holiday trip.

Memang ramai lah family2, remaja2, yang dari semenanjung pun ada, dari sarawak ada, tidak kurang juga warga asing dari pelbagai negara berkunjung ke KK ni. Keadaan ni memberikan satu impak yang positif terutamanya pada Hotel2, restoran2, pusat membeli belah...tempat ni lah yang akan mendapat byk faedah. Hotel2 kalau area KK city ni...mostly penuh. Banyak juga yang datang KK ni tercari cari hotel utk menginap. Apasal lah dorang tak tempah awal2 kn?...kan sekarang dah susah. Patutnya rancang lah dulu sebelum melancong ke KK ni. Nasib baik hotel di KK ni banyak.

Anyway, its good to see this kind of situation happen in Sabah. There is still peoples want to visit us here. People travel, shopping, enjoying holiday in a peaceful country...Ini lah kepentingan keamanan sesebuah negara...orang tempatan dan luar dapat menikmati kehidupan tanpa rasa worried, afraid. Every peoples will get their benefits living in a peaceful country. So, kita harus menghargai keamanan yang sedia ada. Jangan jadikan negara kita di penuhi sengketa, perbalahan..apatah lagi peperangan seperti di negara Palestin, Pakistan , Libya, Kashmir dan byk lagi. Hidup mereka diselubungi pelbagai rasa yang tak kita ingini. Don't let that happen to our beloved country Sabah, Malaysia. We love to keep it that way...

Barcelona kalahkan Manchester United


29.05.2011- Akhirnya setelah bersengkang mata dari jam 2 pagi hingga menghampiri 5 pagi menonton perlawanan di antara Barcaleno menentang Manchester United, Team Barcaleno menjuarai EUFA Champion league buat kali ke-4, dengan jaringan kemenangan 3-1.
Aku sendiri memang tak menyangkal kehebatan pemain pemain Barcelona. Walaupun aku adalah peminat Manchester United(MU) dari dulu lagi, namun Barcelona(BAR) juga merupakan antara yang aku minati.
Kelmarin teman sekerja bertanyakan sama ada aku memilih MU atau BAR. Aku dengan tersenyum cakap " kalau 2 team ni aku memang susah mau pilih, kalau team berlainan boleh lah aku agak. Ni dua dua pun aku sokong"...
Jaringan awal Barcelona di lakukan oleh Pedro Rodriguez pada minit ke 27. Kemudian MU membalas dengan jaringan daripada Rooney pd minit ke-34. Jaringan kekal 1-1 pada masa pertama. Namun percaturan jurulatih Barcelona Josep Guadiola menjadi pada masa kedua dengan pertambahan 2 Jaringan daripada Messi pada minit 54 dan jaringan David villa pada minit ke-69. dengan Jaringan itu, keputusan kekal hingga ke wisel terakhir. Dan BARCELONA adalah JUARA!...
Apa boleh buat buat MU....don't worry, MU still my favourite....Bola itu bulat, maybe some other time.

Saturday, May 28, 2011

Pelakon Asmara Shah Jaszle dalam Video Panas Prema Yin!!


Mesti dah ramai yang tengok video klip Prema Yin ni kan?....Kalau kat barat, benda ni kira dah normal, biasa biasa jak..tapi kat Malaysia ni, video ni PANAS!!! beb...Astagfirullah...
Mungkin bagi mereka yang lebih suka kepada musik video ala barat, Britney spear, Lady Gaga mungkin akan tabik dengan video terbaru Prema Yin ni..tapi apa kata Jabatan Agama Islam yang berada kat Malaysia ni..? Tak kah terasa janggal dgn benda ni.? Yang memperjuangkan moral ke-Melayuan, apa kata mereka?

Wednesday, May 25, 2011

Bagaimana nak pilih hotel penginapan?

Dah dekat musim cuti sekolah ni, mesti ramai orang nak pergi melancong kemana mana tempat yang di inginkan. Langkah yang sangat penting di ambil bila melancong ke tempat orang, mestilah nak tempah bilik di hotel. Bagi aku, bukan main "tibai" atau "cincai" saja nak pilih hotel ni. Perlu ada kriteria tertentu yang perlu di ambil kira. Kalau aku, mungkin tak berapa cerewet..al maklum lah bukan nya pangkat "Datuk" pun...apatah lagi pangkat "Tan sri". Aku ni orang awam biasa ja..
Namun, selama aku berkecimpung dalam industri "hospitality" ni, aku dapat perhatikan beberapa kriteria yang perlu di utamakan oleh orang ramai..kriteria itu adlah:-

1. Harga Bilik
Ini adalah faktor utama pilihan setiap individu yang ingin memilih tempat penginapan. Mestilah kan beb...perlu ada kesesuaian lah harga bilik dengan kemampuan. Lagipun, sekarang banyak hotel yang tak ada rating bintang, memberikan khidmat yang baik dan bilik yang sangat cantik dan elegan. Kadangkala pula, hotel yang berbintang ni ada juga yang tak beri khidmat yang baik...tapi bukan semua lah beb. Boleh dikatakan kita kena tengok harga yang sesuai dulu dengan budget yang kita ada. Janji berbaloi dan puas hati.

2. Lokasi
Yang ni pun kira penting, lokasi perlu lah..

Tuesday, May 24, 2011

Whats wrong with you Harold Camping?!

Who do you think you are Mr Camping? Does anybody know who is this guy. What i knew that this guy was predicting the world would end on 21st May 2011. He said the judgement day!! what a crap!
I think he is lost his mind "nyanyuk".
I agree that this world and life we had will soon be come to an end. But, there is nobody can predict it right and sure about when is the judgement day. Only the creator (Allah) know about it.
Back about Mr Camping aka The nyanyuk, hey old man..your prediction was not correct!!! IT DOESN'T HAPPEN!!! May 21 is not the judgement day.
Now he came with the new date. Haha.. He said it will be on October 21. Come on man...can you just prepare yourself for the afterlife judgement day. Do you have what it take to become a person go to heaven? Did you take the right path?
It doesn't matter when is the day....important is how is your preparation about going to heaven. Do you sure you are going to heaven? Hey Camping....while you are still live, you should check what is right and wrong to what you said and done...your time is running

Monday, May 23, 2011

Filem Kongsi...

Aku mau cerita pasal filem Kongsi yang tengah bersiar kat panggung2 di Malaysia dan yang sewaktu dengan nya. Memang filem ni antara must watch list aku lah. Bagi sesiapa yang pernah baca blog aku sebelum ni, memang dah tau lah.
Menurut khabar yang tersiar di surat khabar ni, depa cerita filem ni mendapat sambutan yang hebat. Ada yang kata kutipan saja dalam seminggu mencecah RM7 juta...WOOOOW hebat tu beb. Tambah kaya lah sapa yang buat filem ni.
Berapa hari yang lepas aku dah pegi tonton cerita ni..bagi aku cerita ni memang okay lah. Tapi macam biasalah, Farid Kamil sebagai pengarah ni terlalu fokus sangat untuk action nya ja. Plot cerita tu ada, tapi bagi aku tak seragam lah beb...lawak nya ada. Tapi lawak nya jenis yang bukan boleh tahan ber abad abad. Maksud aku lawak yang tak tahan ber abad abad ni ialah; kalau filem Kongsi ni, lawak dia berkesan kalau kita tonton untuk pertama kali sahaja. Tak macam cerita P Ramlee..contohnya Bujang Lapuk & Do Re Mi. Lawak Allahyarham P Ramlee jenis yang tahan lama. Biar di makan abad, kalau aku tonton cerita nya memang masih bole gelak mcm first time baru tgk.
Bleh aku katakan lawak nya memang dah bole di jangka.
Anyway, aku salut juga lah dengan Farid Kamil ni, percubaan untuk aksi yang di buat dalam filem ni memang berani dan ada peningkatan. Macam aksi kejar mengejar kereta polis, stunt kat Petaling Street (okay tapi terlalu ketara) aksi lawan...memang ada improvement utk filem melayu. Shahiezy Sham memang best kalau bawa watak mcm ni. Thumbs Up to you bro...Aku tak kata filem ni tak best. Ianya satu filem action komedi yang baik. So, kalau ada member member yang nak pi tonton..sila lah..tak rugi juga beb.... k guys..nanti kalau ada masa lagi, aku akan cerita sikit pasal filem Syamsul Yusof pula..KL Gangster...till then

I got flu!!

Monday- I got flu today and may be soon fever will join too..have to fight back. Damn you flu and fever. Haha

Saturday, May 21, 2011

Diamond in the mud

We are like diamond...we are extremely expensive. There is no right for any person to put a lower price on our dignity.Its doesn't matter you had fallen into the black mud, once you manage to out and shine..than you still are the most valuable thing. So, appreciate your life. How bad you been thru, you still have the most valuable value in you. Use it, shine it, show it than you been helping yourself to go for better life.
(feeling said on how people sometimes on a peak than falling down and couldn't rise up back)..

There is good things in loneliness

Its been different but its my routine now... i am the best friend with loneliness.
I was kind a....hate this loneliness...was. But it seem changed now. Its gave ,me a lot time to think about many things happen around my life. Money, Love, Happiness, work and many more..
Hey guys, its Saturday night. What am i doing sitting in my room alone.? ha! Why dont i go some where..you know why...i love stay in my room. May be some other time..i'll be out.
But, as i said its now totally different...its gave a lots to think about.
And one thing good also..now i am blogging..haha.
Its doesn't matter what am i saying here...i just want to express my feeling.
I believe every each person in this world need time to be alone. People need to understand what have been happen in their life..if got something wrong for sure hoping for something to fix and learned from it. And if its good and perfect and we want to keep it that away entire life..isn't it?
Anyway..i am praying that everything good will happen in my life so do you all. Okay guys...happiness can't buy with money...money don't create the real happiness. Till than, i'll keep in blogging anything.
(Just share the inner feeling..hahahaha)

Tuesday, May 17, 2011

Perdana Park Kota Kinabalu

Sempena cuti umum  Hari Wesak hari ni, aku dengan kawan2 aku pergi melawat Perdana Park Kota Kinabalu yang baru di rasmikan beberapa bulan yang lepas. Perdana Park ini merupakan tempat rekreasi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan di kendalikan oleh Timatch Sdn Bhd sepenuhnya. Lokasi terletak di Tanjung Aru berhampiran dengan Tanjung Aru Plaza.




Kira jalan jalan lah ni ... ini first time aku dengan kawan kawan aku pergi sini. Untuk masuk sini hanya di kenakan  bayaran RM 1.00 bagi satu kenderaan.
Kalau aku perhatikan, tempat ini adalah untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak dan yang paling jadi tumpuan ialah Water fountain yang berirama. Kawasan nya memang cantik dan terjaga. Sesuai untuk org yang gemar ambik gambar juga.


Orang ramai berpusu pusu melihat Air berirama




Tempat permainan Kanak Kanak
Water fountain berirama

stepping stone massage


Jogging Track
Air Minuman bersih PERCUMA yang disediakan oleh Timatch

Saturday, May 14, 2011

Aku menjenguk Pesta Kaamatan 2011- Episod Akhir

Assalammualaikum & Salam pertemuan...(aiseyman mcm pengacara TV pulak :-p)

Seperti yang aku janjikan, sambungan liputan untuk hari ke-2 Sambutan pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu. Pada Tanggal 13.5.2011, acara yang jadi tumpuan hari ni adalah pertandingan Unduk Ngadau akhir.
Tepat jam 07:15 ptg aku dgn adik aku pergi sana. Kelibat orang ramai memang byk kelihatan dari jauh. Tak sangka, seawal waktu itu dah ramai orang di Lintasan Deasoka. Tapi kita orang pi makan dulu kat kopitiam halal di Gaya Street KK. Isi perut dulu yaaa...
Berbalik kepada acara yang kita nantikan... sila lihat gambar di bawah:-
Orang ramai yang tengah berjalan jalan sekitar gerai2 yang disediakan sempena sambutan tersebut. Gerai makan, gerai perfume, gerai mainan, gerai minuman, gerai beg tangan, gerai kasut, gerai kerongsang & lori ice cream pun ada haha....
Maaf gambar di atas kabur.... gambar mayor Kota Kinabalu bersama tetamu kehormat.




Keadaan sekitar pondok "Walai Koubasanan".

Apa pun kita berbalik pada pertandingan Unduk Ngadau. semua ada 16 peserta dari pelbagai tempat di kawasan Kota Kinabalu. 



Di atas adalah gambar awek awek peserta Unduk Ngadau. Gambar ni depa lekat kat boot pameran di kawasan tu... so orang ramai boleh lah tau sapa mereka ni.
Selain tu, boot pameran juga menyediakan galeri gambar pertandingan Unduk Ngadau pada tahun yang lepas lepas.
Gambar diatas adalah pemenang pertandingan Unduk Ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu tahun 2010.

Pemenang Unduk Ngadau Tahun 2009...apa mcam boleh tahan kah?

Pemenang Unduk Ngadau Tahun 2008...alaa sori muka yang satu tu x nampak..spot light terang sangat.  Kesian dia...korang x nampak muka..hehe
Keadaan semakin meriah apabila pertandingan di mulakan. Orang semakin ramai menghampiri pentas...termasuk aku...tapi memang susah mau dapat posisi yang baik untuk tangkap gambar...tapi kira aku cuba jugak lah...


Pihak penganjur (DBKK) menyediakan 2 screen besar untuk penonton  yang tak dapat melihat di pentas utama pada malam tu...



Ramai orang berpusu pusu...Mat photograpy, Minah photography memang ramai bertimbun tepi pentas, luar pentas, belakang pentas & juga tandas awam..hehe...(terkucir kot)....
Mcm orang lain juga, aku cuba lah ambik apa apa ja gambar yang patut utk kita kongsikan bersama..
Di pendekkan cerita, acara ini memang satu event yang di nantikan rakyat Malaysia dan orang luar. Orang putih, orang hitam orang coklat dari luar pun ada datang sama2 tengok acara ni. Sekurang kurangnya mereka boleh cerita serba sedikit apa yang special nya Negeri Sabah ni dan Malaysia secara am nya. Kira promo yang baik untuk mereka datang melawat Malaysia lagi..
Oh ya...pemenang malam itu adalah:-

Tempat pertama:  Rachel M Alliun (18)- Middle
Tempat Kedua: Adeline Joyce Masideh (18)-Right
tempat Ketiga: Kieren Laurent Simon (19)-Left

Ketiga tiga pemenang ni akan bertanding untuk Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat negeri Sabah pada 30-31 May 2011. (main event untuk bulan kaamatan). So , untuk teman teman yang berda di semenanjung & sarawak..apa lagi di tunggu? mari datang ke sabah untuk menyaksikan pertandingan ini...di jamin meriah...
Anda tak akan rugi...Love Sabah Love Malaysia!

Follow Me!
Get this widget here