Lets have break a while

Tuesday, June 21, 2011

AWAS! Penipu top up handphone credit

Berhati hati kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang anda tidak kenali. Kelmarin buah hati aku terima sms yang menyatakan aku berada di balai polis kerana ada masalah. SMS itu juga menyatakan untuk meminta tolong top up kan RM30.00 ke nombor maxis  baru yang kunun nya milik aku. Dan dia mengarahkan supaya jangan call nombor yang lama. Mesej yang di sampaikan nampak 'urgent'.
Mujur buah hati aku ni, dia ambil tindakan yang betul dengan menghubungi aku. Pada masa itu aku sedang duduk lunch dengan rakan sekerja. Aku menyuruh buah hati ku ni supaya jangan percaya, dan menyatakan aku tak apa2. Aku minta dia sms nombor penghantar mesej itu.

Dari apa yang kami alami ni, nampaknya ada satu kumpulan penipu top up yang cuba mengenakan orang orang tertentu. Sekarang ni, banyak sudah kumpulan scammer, penipu berleluasa menjalankan aktiviti haram mereka ni. So, pada member blogger semua, tolong sampaikan pada teman2 atau ahli keluarga anda berkenaan kes serupa ini.
Untuk info member semua, nombor yang hantar mesej tu ialah 6585756179880 dan nombor yang minta di top up kan ialah 0178942501.

P/S- risau kalau terkena adik2 atau ibu ibu yang dah tua, atau org yang cepat panik...

No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here