Lets have break a while

Sunday, January 8, 2012

Khasiat Buah Pisang

Pisang bukan sebarang pisang, Pisang manis penuh khasiat..haha
Ntah apa apa aku cerita pasal pisang ni...?? Bukannya apa....kawan ada bagi setandan pisang.
so tak makan rugi nanti.

So, aku buat sikit penyelidikan lah kat internet ni...pisang ni rupa rupanya banyak khasiat & kebaikan kepada kita yang bergelar manusia ni.

Mari kita baca khasiat & kebaikan yang dapat aku kumpulkan ni:-

1. Pisang mengandungi vitamin B yang tinggi yang membantu sistem nerves kita.

2. Membantu mengurangkan tekanan. Pisang mengandungi "Tryptophan" iaitu sejenis asid amino yang bertindak seakan serotonin menambah baik mood kita.

3. Kulit pisang juga boleh melegakan kegatalan atau kesan dari gigitan nyamuk. Hanya perlu sapukan bahagian dalam kulit pisang diatas kesan gigitan.

4. Jika kita mengamalkan memakan pisang sebelum atau selepas makan malam, ianya akan mengurangkan "morning sickness". Ini kerana pisang membantu meningkatkan kandungan gula dalam darah kita.

5. Pisang diketahui mengandungi "fructooligosaccharide" iaitu sejenis bahan yang menghasilkan bakteria probotic (Bakteria baik) didalam perut. Bakteria Probotic ini menghasilkan enzim yang meningkatkan sistem pencernaan perut dan membantu elak jangkitan Bakteria jahat..
Kandungan "fructooligosaccharide" juga membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap kalsium.

6. Kandungan 'Potasium' juga terdapat dalam pisang. Potasium ini membantu membaiki tekanan jantung manusia. Kebiasaan pisang digalakkan makan oleh doktor kepada pesakit yang mempunyai masalah degupan jantung lemah. Ini bertujuan membantu meningkatkan degupan/tekanan jantung.

Banyak lagi khasiat yang didapati dari Pisang...petua kampung pun banyak. Jadi adalah menjadi satu kebaikan pada kita untuk menjadikan pisang sebagai santapan kita seharian.
Harap info ini memberikan ilmu & kebaikan kepada anda semua...so aku nak makan pisang dulu.

P/S- teringat kuih jemput2 pisang masa kat kampung..

Wednesday, January 4, 2012

Nak cantikkan badan.

Dah sampai masanya nak buat sesuatu dengan badan yang makin mengemuk ni..haha...
Tahun ni, nak sambung keinginan mencantikkan body yang dibuat masa tahun lepas. Aktiviti workout yang dibuat pada bulan disember yang lepas..menampakkan sedikit hasil pada susuk tubuh ku ni..(aiseyman formal pulak hihi)..
Tahun ini, nak jadikan salah satu azam nak bagi six pack kat perut ni...baru orang kata body mantap.












Cukup lah body yang mcm ni. Bukan nak tayang pun...tapi klu tertayang apa boleh buat hahahahaha...gila.
Sekarang ni, komitmen tu masih ada...lepas ja bangun dari tidur mesti mau buat senaman ringan dengan push up...sebelah petang pula buat skipping, crunches, pumping..and sometimes jogging. Laman web kata, crunches skipping and push up ni boleh bagi cantik abs and chest. Harap2 menjadilah hendaknya.





















Anyway, sekurang kurangnya ada senaman yang dilakukan setiap hari. Untuk kesihatan badan juga kan...
Aktiviti ni dah hampir sebulan aku buat...stamina nampaknya bertambah baik berbanding yang dulu. So, its mean, ianya mendatangkan kebaikan pada aku. Tahts is the best part.

P/S- looking for indoor equipment for this project " mencantikkan body".

Tuesday, January 3, 2012

Cerita tentang AZAM..

AZAM...asal awal tahun, macam macam kita dengar tentang azam baru. Biasalah tu kan..nak buat sesuatu dalam hidup ini perlu ada satu target. Orang cakap hala tuju kehidupan kita ni. Hidup tanpa tujuan tak tahu kemana arahnya. Hala tuju itulah yang dijadikan azam dalam kehidupan. Impian yang perlu dicapai. Pencapaian yang ingin kita kecapi dengan pengakhiran yang gembira.

Aku pun punya azam...kalau nak sebut semua pun...memang banyak. (hahaha adui banyaknya azam)..
Anyway, aku berharap dalam tahun ni aku dapat beli kereta sendiri & kalau diizinkan Tuhan Yang maha Penyayang, tahun ni aku nak bertunang. Hehe (tersipu-sipu malu..)
Kalau jodoh kahwin tahun ni ..syukur alhamdulillah.
Di harap semua ini akan berlaku. Padamu ya Allah aku memohon semoga impian ini jadi kenyataan.

Untuk sahabat blogger semua...all the best dengan azam azam anda semua...

P/S- nak beli Tab dalam masa terdekat ni...& mau rajin buat blog :-P

Monday, January 2, 2012

Ombak Rindu

Siapa di Malaysia yang tak tahu cerita adaptasi dari Novel bertajuk "Ombak Rindu".? Apa yang aku pasti, memang ramai orang orang di Malaysia tahu cerita ni. Filem adaptasi Ombak Rindu ini telah mengutip lebih dari RM10 juta jualan tiket. Ada sumber juga mengatakan kutipan jualan mengalahkan filem KL Gangster. Mungkin 11-13 juta.
Wow..memang hebat..patut ditonton. Sampai sekarang pun, panggung wayang masih ada yang menayangkan filem ini.
Disebalik kejayaan ini, aku rasa kita patut turut memberi pujian kepada penulis asal novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari. Bukan ramai yang tahu siapa Fauziah Ashari. Cuba Lihat gambar ini:-











Ini lah dia penulis asal novel ombak rindu. Malah di katakan juga, sebelum filem ini di buat, novel hasil karya beliau mendapat sambutan hangat di kalangan peminat novel di Malaysia. Berdasarkan pencapaian itulah juga, cerita novel ini telah difilemkan. Mungkin ramai yang tak menyangka, sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan mana mana pihak. Sebelum tu, aku nak share gambar asal novel Ombak rindu..

















Di atas perkhabaran ini lah, aku tonton filem ini. Memang ternyata, jalan cerita dan lakonan yang dibawa boleh membuat air mata berlinangan. Tidak kira Wanita atau Lelaki. Lelaki???...haha, Maksud aku lelaki yang menpunyai taman dalam hati..haha.
Disini, aku nak puji lakonan Maya Karin. Dari awal watak hingga ke akhir aku rasa maya Karin telah menhidupkan watak ini dengan sangat sangat sangat baik sekali. Muka yang cantik innocent, sesuai dibawakan oleh Maya. Wataknya yang biarpun teraniaya, masih menunjukkan kelembutan, malah menyentuh hati mana mana lelaki. Maksud aku bukan yang berkemban tuu..Tapi sikap nya yang begitu lemah lembut, melayan suami dengan cukup baik sekali biarpun dikasari. Siapa yang tak mengidamkan isteri yang macam tu kan. Sejuk rasa hati. Pujian juga pada Aaron Aziz, watak suami yang garang tapi dalam taman ada hati berjaya di sampaikan. Congratz bro.
Anyway, pendek kata, mesej yang ada dalam filem ini memang  cukup baik. Jalan Cerita, pembawaan watak cukup untuk membuat jiwa kita terbuai. Thumbs Up kepada pengarah Osman Ali..cerita ini disampaikan dengan jelas dan berjaya menyentuh hati & minda penonton.

P/S- Moga ada lagi penghasilan filem seperti ini. Aku dah beli DVD filem ini untuk dijadikan koleksi.

Sunday, January 1, 2012

Kedatangan Tahun 2012...

Berakhir sudah detik penantian semalam dan melambaikan selamat pergi kepada tahun 2011 yang akan tersemat dalam memori. Kini bermula satu lagi kisah yang bakal kita semua tempuh di tahun baru 2012. Pelbagai azam yang di canang, di tanam & di war war kan. Namun adakah di penghujung nya bertemu kejayaan atau kegagalan? Terserah atas usaha kita untuk mengapainya.
Namun apa yang pasti adalah, setiap saban tahun pasti ada kisah suka & duka akan berlaku. Bukan semua seperti yang kita impikan. Andai kata kegembiraan & keindahan yang kita kecapi, jangan lah kita lupa untuk mensyukurinya. Tatkala duka yang menyelubungi, kesabaran dan tawakal lah yang mampu jadi teman melalui saat duka itu. Namun, Allah itu Maha Adil. Padanya kita memohon untuk ditunjukkan jalan, insyallah segalanya akan menjadi baik.

2012...satu tahun yang diramalkan berakhirnya dunia ini. Benarkah ianya akan berlaku?. Media, Laman Sosial, Laman web dan pelbagai lagi bahan penyampai maklumat adakalanya mencanangkan cerita ini. Persoalannya ialah, bersediakah kita untuk menghadapinya?
Bukan untuk mempercayai cerita, tapi andaikata ianya benar dan bakal berlaku..cukup kah bekalan kita ini? Nak buat macam mana?
Apapun, itu semua ketentuan dari yang Maha Esa. Benar atau tidak, kita sudah diberi peringatan untuk menyediakan bekalan ke alam akhirat. Cukup atau tidak..tepuk dada tanya apa yang telah kita lakukan. Seperti yang di hadiskan,
 "Bekerjalah kamu untuk mencari kekayaan seolah kamu akan hidup 100 tahun lagi, Dan beribadat lah kamu seolah olah kamu akan mati keesokan harinya".
Kepada-Nya kita memohon dan berserah, sekiranya ada kesempatan, isikan lah ruang kekosongan untuk bekalan kita. Tapi lakukan lah tugasan kita didunia ini sehabis baik.

Untuk ini, sama samalah kita berdoa dan berusaha kearah yang benar. Selamat menempuhi Tahun baru yang kita tak ketahui apa hasil dan kemana impian kita akan pergi. Semoga kita semua beroleh kejayaan & kemenangan..Amin

Sunday, July 17, 2011

Pekebun 'Bertelanjang' untuk promo sayur & buah.

Mungkin tajuk agak ganas atau pun sensor...tapi ini memang berlaku. Lihat Video ini:-
Hal ini sebenarnya berlaku di Spain. Jangan risau beb, not 100% naked for viewing.hehe
Lelaki di atas merupakan salah seorang yang penting/berpangkat dalam persatuan pekebun atau peladang di Spain. Beliau sanggup membuat iklan sedemikian kerana untuk mempromosikan buah buahan dan sayur sayuran di Spain. Ini kerana, sebelum ini, Spain telah dikejutkan dengan Wabak Bacteria E.Coli yang terdapat pada sayur dan buah buahan di Spain.
Perusahaan pertanian mereka ini mengalami kejatuhan yang sangat teruk akibat wabak itu. Namun setelah masalah di atasi, kini mereka cuba untuk mempromosikan  sayur & buah dan membersihkan nama baik mereka. Haha..macam macam hal..tapi tak sangka orang atasan sanggup melakukan demikian untuk memulihkan imej pertanian mereka.

Friday, July 15, 2011

Gol Si penjaga gol


Pernah berlaku, tapi jarang jarang kita tengok. Gol yang dijaringkan oleh penjaga gol, itulah yang berlaku di California. Kunjungan team West brom dari england, di kejutkan dengan jaringan penjaga gol team San Jose Earthquakes, David Bingham melalui sepakan terus dari kotak tiang golnya memasuki gawang West Brom.
Menurut David Bingham, dia tidak menyangka bola yang ditendangnya masuk ke gawang lawan. Dia terasa tendangannya agak over kuat sedikit, lalu dia berpaling, tapi dengan tiba tiba orang menjerit gol..bila dia lihat ianya gol dari sepakannya. sesuatu yang dia tak menyangka katanya.
Perlawanan ini berkesudahan West Brom tewas kepada team San Jose Earthquakes dengan jaringan 1-2.

Thursday, July 14, 2011

Arsenal kalahkan Malaysia 4-0 (13 July 2011)

Memang di duga tapi ku tak menyangka.....4-0.

Bukan nak kata, bukan nak menghina...aduh kusangka tak jauh jarak beza...4-0 terlalu jauh dari yang disangka. Seperti di anak anak kecilkan pemain kita. Memang di akui level mereka jauh berbeza, tapi untuk mengekalkan kosong (0) hingga minit akhir..aduh sungguh mengecewa. Mungkin depa terlalu nervous kot?..minit awal ja dah penalty kick. Macam mana lah nak layak ke piala Dunia...Sabar ja lah. Harap friendly match ni membuka mata semua agar berusaha lagi gigih.

Friday, July 8, 2011

Insiden Eskalator di China


Insiden yang berlaku pada pagi selasa di Beijing, China, escalator Stesen Zoo Beijing  yang bergerak keatas tiba tiba bergerak bertentangan menyebabkan ramai pengguna escalator itu terjatuh ke bawah. Kejadian tersebut telah mengorbankan seorang budak yang berusia 13 tahun dan mencederakan seramai 30 orang. Menurut seorang mangsa, escalator yang bergerak keatas itu mengeluarkan bunyi seperti crash, dan tiba tiba pergerakan nya bertukar kebawah. Ramai orang yang jatuh menyebabkan  mereka terhimpit dan ada yang cedera.
Macam macam ada...

Tuesday, July 5, 2011

15 Wanita Tercantik Dunia 2011

Untuk tatapan member/followers aku yang tak bosan singgah di laman blog Kelana Pujangga's View. Entry hari ni, aku nak show 15 Wanita tercantik di dunia berdasarkan keputusan undian dari laman Askmen.com. Mostly ada antara mereka ni memang terkenal membintangi filem-filem Hollywood.
Wanita wanita ni layak atau tidak terpulang dari kita untuk menilai. Lain orang, lain pandangan, lain pendapat. So, mari kita tengok senarainya:-

1. Blake Christina Lively












2. Mila Kunis


3. Sofia Vergara

















4. Selita Ebanks
















Follow Me!
Get this widget here