Aku nak share sedikit info berkenaan masalah GASTRIK. Tercetusnya idea ni kerana perasaan concern yang timbul bila ada staff dan rakan sekerja yang menhadapi masalah ni. So aku rasa mungkin ada baiknya kalau aku share sedikit maklumat yang aku ada berkenaan masalah ni.
Gastrik atau nama saintifiknya gastritis, merupakan masalah yang kesihatan yang kerap kita dengari dan adakalanya boleh membawa kepada kanser perut. Gastric bermaksud perut manakala itis adalah radang. Kalau kita terjemahkan ianya di gelar Radang perut.
Di dalam perut kita ni ada sejenis asid yang terhasil oleh sel perut yang di panggil Hidroklorik (HCL). Asid ini terhasil secara semulajadi di dalam perut dan bertindak selaku bahan yang membantu untuk mencerna makanan yang berada dalam perut kita. Seperti yang kita tahu, setiap asid mempunyai tahap ukuran keasidan masing masing. Begitu juga dengan asid HCL ini. Tahap asidnya dalam skala PH 1 dan PH2. Bayangkan asid ini mampu membantu pencernaan makanan seperti nasi ayam, sayur, ikan dll.
Menjadi persoalan mengapa dinding perut tidak ikut terhakis? BIar aku jawab soalan aku sendiri haha.. :-)
Ini kerana, sel perut juga pada masa yang sama menghasilkan sejenis lendir pertahanan yang di gelar mucus. Lendir ini merupakan dinding pertahanan perut kita dari asid HCL. So jika lendir mukus ini terhasil mengikut skala yang sesuai dengan asid HCL, maka perut anda dalam keadaan yang selamat.
AKAN TETAPI, jika sekiranya terjadi keadaan dimana pengeluaran asid HCL melebihi lendir pertahanan (mucus), dan lendir itu tak dpt memberikan pertahanan pada dinding perut, maka akan terjadinya radang perut (Gastrik). Ini kerana, lendir mucus tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya kpd dinding perut dan membuka peluang untuk asid HCL menghakis dinding perut, maka terjadinya radang tersebut.
Mengapa lendir mucus tidak terhasil dengan cukup? atau kemungkinan tiada? Biar aku jawab sendiri lagi..hihi..
Ini kerana bersangkut paut dengan beberapa tabiat dan cara kehidupan seseorang itu. Antaranya ialah:-
Pendek kata, kita perlu mengimbangi pengeluaran asid HCL dangan lendir mucus. Sekiranya, anda tidak mengambil serius akan perkara ini, masalah gastrik ini akan berlarutan ke satu lagi peringkat gastrik yang di panggil Gastrik Ulser. Gastrik ulser terjadi apabila dinding perut sudah terhakis dan terluka. Pada satu peringkat juga, akan berlaku pendarahan, dan keadaan ini boleh berlarutan dan menyebabkan kanser perut. Sekiranya sudah sampai ke tahap gelaran kanser, peluang untuk sembuh adalah '0'.
Dengan itu, seeloknya anda yang mengalami maslah ini boleh lah melakukan langkah-langkah seperti di bawah:-
Dengan ini, aku berharap info yang aku share ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya ada teman teman atau saudara mara yang menghadapi masalah ini, boleh lah anda kongsikan bersama.
Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat dan gembira..Amin..
Gastrik atau nama saintifiknya gastritis, merupakan masalah yang kesihatan yang kerap kita dengari dan adakalanya boleh membawa kepada kanser perut. Gastric bermaksud perut manakala itis adalah radang. Kalau kita terjemahkan ianya di gelar Radang perut.
Di dalam perut kita ni ada sejenis asid yang terhasil oleh sel perut yang di panggil Hidroklorik (HCL). Asid ini terhasil secara semulajadi di dalam perut dan bertindak selaku bahan yang membantu untuk mencerna makanan yang berada dalam perut kita. Seperti yang kita tahu, setiap asid mempunyai tahap ukuran keasidan masing masing. Begitu juga dengan asid HCL ini. Tahap asidnya dalam skala PH 1 dan PH2. Bayangkan asid ini mampu membantu pencernaan makanan seperti nasi ayam, sayur, ikan dll.
Menjadi persoalan mengapa dinding perut tidak ikut terhakis? BIar aku jawab soalan aku sendiri haha.. :-)
Ini kerana, sel perut juga pada masa yang sama menghasilkan sejenis lendir pertahanan yang di gelar mucus. Lendir ini merupakan dinding pertahanan perut kita dari asid HCL. So jika lendir mukus ini terhasil mengikut skala yang sesuai dengan asid HCL, maka perut anda dalam keadaan yang selamat.
AKAN TETAPI, jika sekiranya terjadi keadaan dimana pengeluaran asid HCL melebihi lendir pertahanan (mucus), dan lendir itu tak dpt memberikan pertahanan pada dinding perut, maka akan terjadinya radang perut (Gastrik). Ini kerana, lendir mucus tidak dapat memberikan perlindungan sepenuhnya kpd dinding perut dan membuka peluang untuk asid HCL menghakis dinding perut, maka terjadinya radang tersebut.
Mengapa lendir mucus tidak terhasil dengan cukup? atau kemungkinan tiada? Biar aku jawab sendiri lagi..hihi..
Ini kerana bersangkut paut dengan beberapa tabiat dan cara kehidupan seseorang itu. Antaranya ialah:-
~ mengambil ubat tahan sakit yang berlebihan. Contohnya seperti ibuprofen, volfaren, aspirin...
~ tabiat merokok
~ stress atau tekanan
~ Makanan dan minuman. Contohnya Kopi yang mengandungi caffein dan membantu penghasilan asid HCL yang byk, Makanan jenis fast food dan berminyak. Minuman berkarbonat.
~ Kurang senaman yang mengeluarkan peluh. Senaman ini membantu mengimbangi pengeluaran hormon seseorang dan dapat membantu mengeluarkan asid dalam badan.
~ Minuman alcohol. Minuman beralkohol yang berlebihan boleh menyebabkan dinding perut terhakis.
~ Jangkitan kuman dalam perut.
~ Makanan pedas juga boleh membantu untuk meningkatkan kesan kesakitan pada gastrik.Pendek kata, kita perlu mengimbangi pengeluaran asid HCL dangan lendir mucus. Sekiranya, anda tidak mengambil serius akan perkara ini, masalah gastrik ini akan berlarutan ke satu lagi peringkat gastrik yang di panggil Gastrik Ulser. Gastrik ulser terjadi apabila dinding perut sudah terhakis dan terluka. Pada satu peringkat juga, akan berlaku pendarahan, dan keadaan ini boleh berlarutan dan menyebabkan kanser perut. Sekiranya sudah sampai ke tahap gelaran kanser, peluang untuk sembuh adalah '0'.
Dengan itu, seeloknya anda yang mengalami maslah ini boleh lah melakukan langkah-langkah seperti di bawah:-
* Mengambil ubatan yang membantu menambah dan memperbaiki penghasilan lendir mucus. Ubat ini dikenali sebagai Antasid.
* Mengambil ubat yang dapat mengurangkan rembesan asid HCL. Ubat ni di gelar AntagonisH2.
* Menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi 'caffein' seperti Kopi, Teh, Minuman berkarbonat. Digalakkan minum susu.
* Ubah gaya hidup dan kurangkan stress.
* Atur jadual dan cara pemakanan.
Dengan ini, aku berharap info yang aku share ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Sekiranya ada teman teman atau saudara mara yang menghadapi masalah ini, boleh lah anda kongsikan bersama.
Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat dan gembira..Amin..
No comments:
Post a Comment