Benarkah pukau ini berlaku? Nak kata tak betul, tapi ramai orang cakap memang ada terjadi. Malah bukan setempat, merata rata tempat di Malaysia ni. Aku nak cerita sikit pasal cerita orang yang kena pukau kat tempat kerja aku ni.
Kami mempunyai seorang pekerja sekuriti yang aku tak ingin sebut nama menghadapi masalah isteri yang kena pukau. Mereka dah kahwin agak lama jugak lah, dan mempunyai seorang anak. Nak kata sekuriti tu hensem tak juga, tapi isterinya boleh di kategorikan seorang yang cantik dan juga masih muda. (pasangan bukan islam)
Akan tetapi si isteri ni di dapati mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Info ni pun kami dapat tahu dari mulut si suami ni juga. Kenapa timbulnya keinginan dia bercerita? ini kerana sejak beberapa bulan yang lepas, prestasi kerja si suami dah makin teruk, sampai ada beberapa kali dia tak datang kerja (absent). Setelah berkemungkinan si suami tahu dia akan diambil tindakan disiplin, maka dia bercerita tentang masalah ni.
Management dan rakan sekerja juga turut bersimpati nasib yang di alaminya dan memberinya peluang untuk menyelesaikan.
Berbalik cerita si isteri, menurut si suami, si isteri sudah tidak seperti dulu lagi. Makan minum sudah tak tersedia. Malah ada kalanya si isteri tidak pulang rumah, dan membiarkan anaknya tanpa di jaga. Si suami ni terpaksa untuk tidak datang kerja kerana terpaksa menjaga anak. Setelah keadaan begitu menikam kehidupan si suami, dia pun menyiasat. Alangkah bertambah pedih hati si suami ni, bila mengetahui ada orang ketiga yang hadir. Itupun setelah terjadinya pertengkaran mereka, maka terungkai rahsia hitam si isteri. Siapa yang tak marah, siapa yang tak kecewa bila nasib serupa itu terjadi pada diri. Pelbagai cara telah si suami buat, untuk menyedarkan si isteri tentang kesilapan itu. Ada dengan cara marah, malah dengan pujuk rayu masih jua tidak terungkai kemelut mereka. Paling menyakitkan hati, si isteri ini sampai tidak balik rumah berhari hari. Bukan nya balik rumah mak bapak, ini balik ke rumah kekasih gelapnya. Aku sendiri tak mau cakap kalau sudah si isteri tu balik tempat laki lain...apa yang belaku,..(Terikut sakit hati juga aku mendengar tabiat si isteri ni). Isteri jenis apa kah ini?! Hatinya mengikut resam binatangkah?! (Bagi aku lah, benda curang ni tak akan berlaku sekiranya si isteri tidak membuka peluang untuk lelaki lain hadir mebuka hatinya. Biar mcm mana lelaki mau pikat perempuan, kalau si perempuan tak buka peluang ianya tak akan terjadi.)
Walaupun begitu, si suami ni masih berkata dengan kami yang dia masih sayang isterinya dan ingin memperbetulkan keadaan. Terbit dari hatiku satu pertanyaan, butakah si isteri ni sampai tidak dapt melihat kasih sayang suaminya ini. Buntu mencari jalan penyelesaian, si suami minta khidmat beberapa bomoh, dan kebanyakan mereka mengatakan si isteri sudah kena pukau. Kesudahannya aku masih tidak pasti..kerana cerita ini tergantung begitu saja...
Namun, tadi pagi aku baru tahu yang sekuriti tu dah balik kampung dengan isterinya. Di luar pengetahuan aku, sama ada masalah itu sudah selesai, atau mereka cuba lari dari keadaan itu berlaku lagi.
Apa pun, sebagai seorang yang mengenali si suami tu berharap, biar semuanya berakhir dengan baik.
Pernah aku terlihat disebuah rancangan TV temuramah dengan seorang pengamal perubatan islam berkata, sekiranya ada di antara kita atau sesiapa yang terdekat dengan kita terkena pukau, hendaklah kita memohon pertolongan dari Allah. Pengamal itu juga berpesan, untuk memecahkan atau menyedarkan orang yang terkena pukau ini, guna lah limau kasturi. Bau yang terdapat pada limau kasturi ini boleh memecahkan pukau. Palitkan sedikit pada badan yang terkena pukau dengan di mulai bacaan 'Bismillahirrahmannirrahim', insyallah akan terbatal lah pukau itu. Kalau kita lihat dalam perubatan islam, ada di antara ubatan yang di buat mengandungi bahan limau kasturi.
Walaupun begitu, semua itu dari izin Allah. Yang baik datang nya dari Allah dan yang jahat tu hasil dari kesilapan manusia sendiri. Ujian datang dari pelbagai rupa, pada Allah saja kita seharusnya memohon bantuan.

No comments:
Post a Comment