Lets have break a while

Tuesday, May 17, 2011

Perdana Park Kota Kinabalu

Sempena cuti umum  Hari Wesak hari ni, aku dengan kawan2 aku pergi melawat Perdana Park Kota Kinabalu yang baru di rasmikan beberapa bulan yang lepas. Perdana Park ini merupakan tempat rekreasi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan di kendalikan oleh Timatch Sdn Bhd sepenuhnya. Lokasi terletak di Tanjung Aru berhampiran dengan Tanjung Aru Plaza.




Kira jalan jalan lah ni ... ini first time aku dengan kawan kawan aku pergi sini. Untuk masuk sini hanya di kenakan  bayaran RM 1.00 bagi satu kenderaan.
Kalau aku perhatikan, tempat ini adalah untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak dan yang paling jadi tumpuan ialah Water fountain yang berirama. Kawasan nya memang cantik dan terjaga. Sesuai untuk org yang gemar ambik gambar juga.


Orang ramai berpusu pusu melihat Air berirama




Tempat permainan Kanak Kanak
Water fountain berirama

stepping stone massage


Jogging Track
Air Minuman bersih PERCUMA yang disediakan oleh Timatch



Tempat ini memang cantik. Untuk mereka yang pernah berada di tempat yang mempunyai tempat yang serupa ini, mungkin ini hanya biasa sahaja. Sengaja aku kongsikan dan war war kan tempat ini kerana, sebelum ini ada khabar angin mengatakan caj bayaran yang dikenakan adalah RM 15.
Ternyata setelah melawat sendiri tempat ni, bukan seperti khabar angin tadi. Masuk hanya RM 1.00 sahaja. Biarpun kawasan agak biasa, namun ia nampak cantik, bersih & terjaga. Bagi mereka yang belum tahu akan tempat ni, sekurang2 nya aku dah bagi info serba sedikit. Tidak lah tertanya tanya lagi kan? Untuk yang ada anak kecil, memang sesuai lah di bawa kesini. Bah, mari kita jogging..jom.

1 comment:

Follow Me!
Get this widget here