Lets have break a while

Tuesday, May 31, 2011

Cara-cara membuat 'pages column' di dalam blogger.

Salam pada semua member2 bloggers yang berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Hari ni aku nak kongsi sedikit pengetahuan aku, bagaimana nak mengemaskan blog dengan meletakkan kolum 'pages' di dalam blog masing2. Ilmu ni nak aku tujukan pada member2 yang baru dalam dunia blogging ni macam aku. Saja aku nak share ilmu ni dengan member yang baru, moga moga ilmu aku akan bertambah lagi..hehe Aminn.  (CLICK PAGE TUTORIAL)

Sunday, May 29, 2011

KK is busy

Bermula dari 28hb Mei 2011 sampai hari ni, bandaraya Kota Kinabalu ni di penuhi kenderaan. Kira nampak busy lah dari kebiasaan. Keadaan ni mungkin akan berterusan hingga minggu depan. Al Maklumlah, cuti sekolah dah bermula..kebetulan pula pada mereka yang bekerja tidak kira kerajaan atau swasta mendapat cuti yang agak panjang ccccc kiiiiit... Kebetulan hari Isnin & Selasa ni sambutan Kaamataan (Pesta Menuai) dan merupakan public holiday di Sabah. So, mostly family buat holiday trip.

Memang ramai lah family2, remaja2, yang dari semenanjung pun ada, dari sarawak ada, tidak kurang juga warga asing dari pelbagai negara berkunjung ke KK ni. Keadaan ni memberikan satu impak yang positif terutamanya pada Hotel2, restoran2, pusat membeli belah...tempat ni lah yang akan mendapat byk faedah. Hotel2 kalau area KK city ni...mostly penuh. Banyak juga yang datang KK ni tercari cari hotel utk menginap. Apasal lah dorang tak tempah awal2 kn?...kan sekarang dah susah. Patutnya rancang lah dulu sebelum melancong ke KK ni. Nasib baik hotel di KK ni banyak.

Anyway, its good to see this kind of situation happen in Sabah. There is still peoples want to visit us here. People travel, shopping, enjoying holiday in a peaceful country...Ini lah kepentingan keamanan sesebuah negara...orang tempatan dan luar dapat menikmati kehidupan tanpa rasa worried, afraid. Every peoples will get their benefits living in a peaceful country. So, kita harus menghargai keamanan yang sedia ada. Jangan jadikan negara kita di penuhi sengketa, perbalahan..apatah lagi peperangan seperti di negara Palestin, Pakistan , Libya, Kashmir dan byk lagi. Hidup mereka diselubungi pelbagai rasa yang tak kita ingini. Don't let that happen to our beloved country Sabah, Malaysia. We love to keep it that way...

Barcelona kalahkan Manchester United


29.05.2011- Akhirnya setelah bersengkang mata dari jam 2 pagi hingga menghampiri 5 pagi menonton perlawanan di antara Barcaleno menentang Manchester United, Team Barcaleno menjuarai EUFA Champion league buat kali ke-4, dengan jaringan kemenangan 3-1.
Aku sendiri memang tak menyangkal kehebatan pemain pemain Barcelona. Walaupun aku adalah peminat Manchester United(MU) dari dulu lagi, namun Barcelona(BAR) juga merupakan antara yang aku minati.
Kelmarin teman sekerja bertanyakan sama ada aku memilih MU atau BAR. Aku dengan tersenyum cakap " kalau 2 team ni aku memang susah mau pilih, kalau team berlainan boleh lah aku agak. Ni dua dua pun aku sokong"...
Jaringan awal Barcelona di lakukan oleh Pedro Rodriguez pada minit ke 27. Kemudian MU membalas dengan jaringan daripada Rooney pd minit ke-34. Jaringan kekal 1-1 pada masa pertama. Namun percaturan jurulatih Barcelona Josep Guadiola menjadi pada masa kedua dengan pertambahan 2 Jaringan daripada Messi pada minit 54 dan jaringan David villa pada minit ke-69. dengan Jaringan itu, keputusan kekal hingga ke wisel terakhir. Dan BARCELONA adalah JUARA!...
Apa boleh buat buat MU....don't worry, MU still my favourite....Bola itu bulat, maybe some other time.

Saturday, May 28, 2011

Pelakon Asmara Shah Jaszle dalam Video Panas Prema Yin!!


Mesti dah ramai yang tengok video klip Prema Yin ni kan?....Kalau kat barat, benda ni kira dah normal, biasa biasa jak..tapi kat Malaysia ni, video ni PANAS!!! beb...Astagfirullah...
Mungkin bagi mereka yang lebih suka kepada musik video ala barat, Britney spear, Lady Gaga mungkin akan tabik dengan video terbaru Prema Yin ni..tapi apa kata Jabatan Agama Islam yang berada kat Malaysia ni..? Tak kah terasa janggal dgn benda ni.? Yang memperjuangkan moral ke-Melayuan, apa kata mereka?

Wednesday, May 25, 2011

Bagaimana nak pilih hotel penginapan?

Dah dekat musim cuti sekolah ni, mesti ramai orang nak pergi melancong kemana mana tempat yang di inginkan. Langkah yang sangat penting di ambil bila melancong ke tempat orang, mestilah nak tempah bilik di hotel. Bagi aku, bukan main "tibai" atau "cincai" saja nak pilih hotel ni. Perlu ada kriteria tertentu yang perlu di ambil kira. Kalau aku, mungkin tak berapa cerewet..al maklum lah bukan nya pangkat "Datuk" pun...apatah lagi pangkat "Tan sri". Aku ni orang awam biasa ja..
Namun, selama aku berkecimpung dalam industri "hospitality" ni, aku dapat perhatikan beberapa kriteria yang perlu di utamakan oleh orang ramai..kriteria itu adlah:-

1. Harga Bilik
Ini adalah faktor utama pilihan setiap individu yang ingin memilih tempat penginapan. Mestilah kan beb...perlu ada kesesuaian lah harga bilik dengan kemampuan. Lagipun, sekarang banyak hotel yang tak ada rating bintang, memberikan khidmat yang baik dan bilik yang sangat cantik dan elegan. Kadangkala pula, hotel yang berbintang ni ada juga yang tak beri khidmat yang baik...tapi bukan semua lah beb. Boleh dikatakan kita kena tengok harga yang sesuai dulu dengan budget yang kita ada. Janji berbaloi dan puas hati.

2. Lokasi
Yang ni pun kira penting, lokasi perlu lah..

Tuesday, May 24, 2011

Whats wrong with you Harold Camping?!

Who do you think you are Mr Camping? Does anybody know who is this guy. What i knew that this guy was predicting the world would end on 21st May 2011. He said the judgement day!! what a crap!
I think he is lost his mind "nyanyuk".
I agree that this world and life we had will soon be come to an end. But, there is nobody can predict it right and sure about when is the judgement day. Only the creator (Allah) know about it.
Back about Mr Camping aka The nyanyuk, hey old man..your prediction was not correct!!! IT DOESN'T HAPPEN!!! May 21 is not the judgement day.
Now he came with the new date. Haha.. He said it will be on October 21. Come on man...can you just prepare yourself for the afterlife judgement day. Do you have what it take to become a person go to heaven? Did you take the right path?
It doesn't matter when is the day....important is how is your preparation about going to heaven. Do you sure you are going to heaven? Hey Camping....while you are still live, you should check what is right and wrong to what you said and done...your time is running

Monday, May 23, 2011

Filem Kongsi...

Aku mau cerita pasal filem Kongsi yang tengah bersiar kat panggung2 di Malaysia dan yang sewaktu dengan nya. Memang filem ni antara must watch list aku lah. Bagi sesiapa yang pernah baca blog aku sebelum ni, memang dah tau lah.
Menurut khabar yang tersiar di surat khabar ni, depa cerita filem ni mendapat sambutan yang hebat. Ada yang kata kutipan saja dalam seminggu mencecah RM7 juta...WOOOOW hebat tu beb. Tambah kaya lah sapa yang buat filem ni.
Berapa hari yang lepas aku dah pegi tonton cerita ni..bagi aku cerita ni memang okay lah. Tapi macam biasalah, Farid Kamil sebagai pengarah ni terlalu fokus sangat untuk action nya ja. Plot cerita tu ada, tapi bagi aku tak seragam lah beb...lawak nya ada. Tapi lawak nya jenis yang bukan boleh tahan ber abad abad. Maksud aku lawak yang tak tahan ber abad abad ni ialah; kalau filem Kongsi ni, lawak dia berkesan kalau kita tonton untuk pertama kali sahaja. Tak macam cerita P Ramlee..contohnya Bujang Lapuk & Do Re Mi. Lawak Allahyarham P Ramlee jenis yang tahan lama. Biar di makan abad, kalau aku tonton cerita nya memang masih bole gelak mcm first time baru tgk.
Bleh aku katakan lawak nya memang dah bole di jangka.
Anyway, aku salut juga lah dengan Farid Kamil ni, percubaan untuk aksi yang di buat dalam filem ni memang berani dan ada peningkatan. Macam aksi kejar mengejar kereta polis, stunt kat Petaling Street (okay tapi terlalu ketara) aksi lawan...memang ada improvement utk filem melayu. Shahiezy Sham memang best kalau bawa watak mcm ni. Thumbs Up to you bro...Aku tak kata filem ni tak best. Ianya satu filem action komedi yang baik. So, kalau ada member member yang nak pi tonton..sila lah..tak rugi juga beb.... k guys..nanti kalau ada masa lagi, aku akan cerita sikit pasal filem Syamsul Yusof pula..KL Gangster...till then

I got flu!!

Monday- I got flu today and may be soon fever will join too..have to fight back. Damn you flu and fever. Haha

Saturday, May 21, 2011

Diamond in the mud

We are like diamond...we are extremely expensive. There is no right for any person to put a lower price on our dignity.Its doesn't matter you had fallen into the black mud, once you manage to out and shine..than you still are the most valuable thing. So, appreciate your life. How bad you been thru, you still have the most valuable value in you. Use it, shine it, show it than you been helping yourself to go for better life.
(feeling said on how people sometimes on a peak than falling down and couldn't rise up back)..

There is good things in loneliness

Its been different but its my routine now... i am the best friend with loneliness.
I was kind a....hate this loneliness...was. But it seem changed now. Its gave ,me a lot time to think about many things happen around my life. Money, Love, Happiness, work and many more..
Hey guys, its Saturday night. What am i doing sitting in my room alone.? ha! Why dont i go some where..you know why...i love stay in my room. May be some other time..i'll be out.
But, as i said its now totally different...its gave a lots to think about.
And one thing good also..now i am blogging..haha.
Its doesn't matter what am i saying here...i just want to express my feeling.
I believe every each person in this world need time to be alone. People need to understand what have been happen in their life..if got something wrong for sure hoping for something to fix and learned from it. And if its good and perfect and we want to keep it that away entire life..isn't it?
Anyway..i am praying that everything good will happen in my life so do you all. Okay guys...happiness can't buy with money...money don't create the real happiness. Till than, i'll keep in blogging anything.
(Just share the inner feeling..hahahaha)

Tuesday, May 17, 2011

Perdana Park Kota Kinabalu

Sempena cuti umum  Hari Wesak hari ni, aku dengan kawan2 aku pergi melawat Perdana Park Kota Kinabalu yang baru di rasmikan beberapa bulan yang lepas. Perdana Park ini merupakan tempat rekreasi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan di kendalikan oleh Timatch Sdn Bhd sepenuhnya. Lokasi terletak di Tanjung Aru berhampiran dengan Tanjung Aru Plaza.




Kira jalan jalan lah ni ... ini first time aku dengan kawan kawan aku pergi sini. Untuk masuk sini hanya di kenakan  bayaran RM 1.00 bagi satu kenderaan.
Kalau aku perhatikan, tempat ini adalah untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak dan yang paling jadi tumpuan ialah Water fountain yang berirama. Kawasan nya memang cantik dan terjaga. Sesuai untuk org yang gemar ambik gambar juga.


Orang ramai berpusu pusu melihat Air berirama




Tempat permainan Kanak Kanak
Water fountain berirama

stepping stone massage


Jogging Track
Air Minuman bersih PERCUMA yang disediakan oleh Timatch

Saturday, May 14, 2011

Aku menjenguk Pesta Kaamatan 2011- Episod Akhir

Assalammualaikum & Salam pertemuan...(aiseyman mcm pengacara TV pulak :-p)

Seperti yang aku janjikan, sambungan liputan untuk hari ke-2 Sambutan pesta Kaamatan peringkat Bandaraya Kota Kinabalu. Pada Tanggal 13.5.2011, acara yang jadi tumpuan hari ni adalah pertandingan Unduk Ngadau akhir.
Tepat jam 07:15 ptg aku dgn adik aku pergi sana. Kelibat orang ramai memang byk kelihatan dari jauh. Tak sangka, seawal waktu itu dah ramai orang di Lintasan Deasoka. Tapi kita orang pi makan dulu kat kopitiam halal di Gaya Street KK. Isi perut dulu yaaa...
Berbalik kepada acara yang kita nantikan... sila lihat gambar di bawah:-
Orang ramai yang tengah berjalan jalan sekitar gerai2 yang disediakan sempena sambutan tersebut. Gerai makan, gerai perfume, gerai mainan, gerai minuman, gerai beg tangan, gerai kasut, gerai kerongsang & lori ice cream pun ada haha....
Maaf gambar di atas kabur.... gambar mayor Kota Kinabalu bersama tetamu kehormat.




Keadaan sekitar pondok "Walai Koubasanan".

Apa pun kita berbalik pada pertandingan Unduk Ngadau. semua ada 16 peserta dari pelbagai tempat di kawasan Kota Kinabalu. 



Di atas adalah gambar awek awek peserta Unduk Ngadau. Gambar ni depa lekat kat boot pameran di kawasan tu... so orang ramai boleh lah tau sapa mereka ni.
Selain tu, boot pameran juga menyediakan galeri gambar pertandingan Unduk Ngadau pada tahun yang lepas lepas.
Gambar diatas adalah pemenang pertandingan Unduk Ngadau peringkat Bandaraya Kota Kinabalu tahun 2010.

Pemenang Unduk Ngadau Tahun 2009...apa mcam boleh tahan kah?

Pemenang Unduk Ngadau Tahun 2008...alaa sori muka yang satu tu x nampak..spot light terang sangat.  Kesian dia...korang x nampak muka..hehe
Keadaan semakin meriah apabila pertandingan di mulakan. Orang semakin ramai menghampiri pentas...termasuk aku...tapi memang susah mau dapat posisi yang baik untuk tangkap gambar...tapi kira aku cuba jugak lah...


Pihak penganjur (DBKK) menyediakan 2 screen besar untuk penonton  yang tak dapat melihat di pentas utama pada malam tu...



Ramai orang berpusu pusu...Mat photograpy, Minah photography memang ramai bertimbun tepi pentas, luar pentas, belakang pentas & juga tandas awam..hehe...(terkucir kot)....
Mcm orang lain juga, aku cuba lah ambik apa apa ja gambar yang patut utk kita kongsikan bersama..
Di pendekkan cerita, acara ini memang satu event yang di nantikan rakyat Malaysia dan orang luar. Orang putih, orang hitam orang coklat dari luar pun ada datang sama2 tengok acara ni. Sekurang kurangnya mereka boleh cerita serba sedikit apa yang special nya Negeri Sabah ni dan Malaysia secara am nya. Kira promo yang baik untuk mereka datang melawat Malaysia lagi..
Oh ya...pemenang malam itu adalah:-

Tempat pertama:  Rachel M Alliun (18)- Middle
Tempat Kedua: Adeline Joyce Masideh (18)-Right
tempat Ketiga: Kieren Laurent Simon (19)-Left

Ketiga tiga pemenang ni akan bertanding untuk Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat negeri Sabah pada 30-31 May 2011. (main event untuk bulan kaamatan). So , untuk teman teman yang berda di semenanjung & sarawak..apa lagi di tunggu? mari datang ke sabah untuk menyaksikan pertandingan ini...di jamin meriah...
Anda tak akan rugi...Love Sabah Love Malaysia!

Thursday, May 12, 2011

Aku menjenguk sambutan Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2011

Pada setiap bulan Mei, rakyat di Sabah ni akan menyambut Pesta Kaamatan setiap tahun. So, sepanjang Mei ni banyak acara yang akan diadakan di setiap daerah di Sabah untuk menyambutnya.
Baru tadi, (12.05.2011  Khamis) aku pergi menjenguk sambutan  Kaamatan peringkat bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan di Perkarangan Lintasan deasoka.
Aku tak sangka, sambutan kali ni nampak meriah. Ramai penduduk di KK ni termasuk aku sendiri pergi..haha. Untuk hari pertama ini, biar aku tunjuk sikit gambar yang sempat aku ambik....





Banyak acara yang di jalankan. Tapi aku cuma  dapat tangkap gambar yang kat atas ni ja..almaklum lah aku sampai pun jam 9pm...Tapi sempat jugak. Antara acara yang aku tau ada tadi, Pameran rumah tradisi, tarian suku kaum rungus, persembahan nyanyian artis, peserta "Sugandoi" peringkat KK & yang paling di nantikan tadi ialah pertandingan  Unduk Ngadau. Unduk Ngadau ni kira macam pertandingan ratu cantik lah..ada 16 peserta tadi. Aku x sempat ambik gambar..almaklum lah posisi org datang lambat ni..lol

Di samping itu banyak gerai gerai makan & minum tersedia..tapi bukan free lorr...hehe nak makan nak minum kena bayar. Harga berpatutan don't worry haha. Opps aku lupa ada free tadi...trak Nescafe dorang bagi free minum nescafe panas..free test ja.
Kalau sebut pasal nyanyi...tadi memang ramai yang hebat hebat nyanyi..suara power, tarikan suara memang mantap. Cayalah orang Sabah ni..byk yang berbakat. Tiap tahun ada saja muka baru yang akan tampil setiap kali acara ni berlangsung.
Anyway, kalau ada masa terluang esok aku akan sambung...acara ni selama 2 hari...so nanti aku try jenguk lagi...hingga bertemu lagi dirancangan yang sama ...oopps (perasan :-p)...TO BE CONTINUE...

Tuesday, May 10, 2011

Baru ja minyak naik, sekarang gula lagi naik!!

Selepas beberapa minggu yang lepas minyak RON97 naik RM0.20 cent menjadi RM2.90 se liter, hari ini (10.5.2011) harga gula pun naik RM0.20 cent menjadi RM2.30 sekilo. Aduh duh duh duh duh......duuuuuuu
Harga barang lain confirm naik melonjak lonjak. Yang bikin PANAS ni minuman kat mana mana restoran di Sabah ni confirm naik. Kalau naik RM0.10cent tak pa..ini naik dari RM0.30-0.50cent secawan. Hey!!!! kalah kenaikan harga gula sekilo.
Ni cerita benar. Aku sendiri mengalaminya. Kalau duduk minum kat restoran area Kg Air di Kota Kinabalu ni bukan main mahal lagi harga secawan kopi susu. Macam aku cakap tadi, kalah harga kenaikan sekilo gula.
Pendapat aku, perbuatan kenaikan harga ni memang tak selari atau sejajar. Kalau boleh tak payah lah naik. Kesian rakyat di Malaysia ni. Kalau orang kaya tak pa, kalau orang miskin macam mana? Tak kan nak suruh minum air longkang.
Kalau kenaikan harga sebegini tak dapat di kekang atau memang terpaksa...(terpaksa naik harga)..aku berharap kerajaan, atau mana mana pihak berkuasa pantau setiap kedai minum atau mana mana restoran supaya tidak menaik kan harga keterlaluan..kita kena saling membantu. Rakyat selesa negara pun aman & tenang. Kita semua hidup sebumbung, takkan nak cekik darah orang sebumbung. Kita sama sama nak selesa & senang...kita bagi orang lain senang..insyallah orang akan bagi kita senang. Fikir kan lah.

Love Malaysia!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Tiada pernah dirimu mengeluh walau sedetik untuk menjagaku,
Takkan terbalas pengorbanan yang dirimu lakukan untuk ku,
Tiada taranya jutaan bintang di langit, berbanding kasih yang kau beri,
Untuk mu Mama yang tersayang,
Kau lah segalanya,
Agungnya kasih sayang mu,
Takkan kulupa jasamu sepanjang hayat ini,
Mama kami sayang kamu.

-Kelana Pujangga-

Friday, May 6, 2011

Kejadian pukul di Keningau..apa cerita?

Hari ni masa aku pergi kerja, sampai ja kat ofis aku dengar pasal cerita budak keningau kena pukul oleh Pengarah pegawai penjara..dahsyat  juga 4 orang belasah 1 orang budak. Kalau ikut cerita newspaper, gaduh ni gara gara pasal parking. Kira famous juga cerita ni di sini KK. Majoriti banyak salahkan pegawai penjara aka pegawai Hunrey Gurney school tu...kalau korang baca news local kat KK ni pun, mesti korang fikir benda yang sama. Korang tengok video you tube ni:-


Kesian ah cai ni kan? Tendang, tumbuk, terajang, pukul pakai belt, kerusi plastik...gila..nasib tak mati. Banyak orang yang berasa x puas hati bila tgk video ni..marah dengan pegawai tersebut. Banyak setuju dengan tindakan keluarga budak ni masukkan cerita ni dalam news...tapi ada cerita yang tidak terungkai atau tersembunyi mengenai kejadian ini. Masa aku tengah cuba cari video di atas aku terjumpa juga satu video lain yang berkenaan cerita di atas..video sebelum kejadian belasah budak tu...kira penyebab nya kot.. Sila lihat video ini:-

Apa pendapat korang? Siapa agaknya yang salah dalam hal ni?..secara peribadi aku rasa dua dua yang salah. Ni lah kalau marah yang di julang dan bukan akal & fikiran. Pandai pandai lah menilai. Aku tak tuduh mana mana...cuma berkongsi cerita yang tersiar..siapa benar atau salah hanya tuhan yang tahu kebenarannya. Bila moral tidak berpaksi kepada kebaikan ini lah jadinya. Buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali.

Monday, May 2, 2011

Menu yang berlalu...Fish & Co



Bila fikir pasal makan malam...aku teringat pula masa aku pergi makan kat Fish & Co restaurant. Nice restaurant dengan lokasi yang di kira xclusive kat KK..Warisan Square.
So, 25 hb yang lepas, aku dengan my dear pergi try lah..hmmmm.. Di bawah ni gambar menu yang kita dua order.


Wrasse Picatta ntah apa..haha  
New York Fish & Chip 
Lupa nama dia..something mcm capuccinno with cream

Chocky chunky..rasa coklat lah tu hihi
Tak lah sehebat mana...yang sedang sedang aja. Kira okay lah. But anyway its was a great night for both of us. 
Bagi aku, more better lagi makan kat Pasar malam makan ikan tuna panggang atau sotong bakar dengan sambal sambil minum air kelapa muda..lagi ada ummph!!
Anyway itu selera masing masing...janji semuanya berbaloi baloi dan masing2 puas hati.

Sunday, May 1, 2011

Aku "Movieholic"

Dah lama tak update blog ni..ada sibuk sikiiiiiiit.
Anyway, dalam beberapa hari yang lepas aku sibuk jalan-jalan, makan-makan & tengok wayang. Kalau cerita pasal wayang/ movie; Aku rasa dan confirm aku ni seorang yang "Movieholic". Dalam erti kata lain gila tengok movie/wayang.hehe..
Asal ada masa yang terluang, pasti aku dengan orang tersayang, adik aku atau kawan2 pergi tengok movie. Tapi bukan semua movie aku bantai beb..aku tengok juga jalan cerita dan kualiti produksi tu. Almaklum lah bukan free..bayar bah itu. Kat bawah ni aku ada upload gambar tiket tiket movie yang masih aku kumpul..itu pun baru sebahagian..hehe:-


Latest movie yang aku baru tengok pada 29.04.2011 (Jumaat)...Tajuk: Fast Five. Aku tabik gila lah dengan movie ni...memang THE BEST, AWESOME, 5 STAR...hebat gila lah katakan. Rugi pada sesiapa yang tak tonton movie ni di panggung. Sekarang movie ni yang paling top the best in my list.
Nanti esok atau lusa mungkin nak plan tengok cerita THOR...tggu masa yang betul2 free baru pergi tengok. Untuk cerita tempatan aku tak sabar nak tunggu cerita "KL Gangster" dan "Kongsi". Korang tengok ja trailer ni:-

Anyway, memang aku ni suka sangat tengok movie. Tak kira lah luar negara atau tempatan. Ni lah kan..kalau dah minat..mesti gian lah jadinya. haha. Dalam bulan April ni ja aku dah tengok cerita Fast Five, The Last Blademan, Bangkok Knockout (BKO), The Roommate, Rio (3D), Senjakala.
Apapun itu hobi & minat aku. Janji tak buat benda yang tak betul, kira okay lah tu.
Follow Me!
Get this widget here