Lets have break a while

Friday, June 18, 2010

Saiful Apek dibebaskan....

Betul atau tidak, lawak atau serius..aku tak tau nak cakap apa..nak kata salah dah bebas, nak kata tak salah aku rasa kes  pasal dadah ni bukan sekali yang berkait dgn Saiful Apek...apa pun biar Polis yang buat siasatan yang telus...


SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.

Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.

Bagaimanapun, taktik Saiful Apek bersama lebih kurang sepuluh orang saudara-maranya yang turut berada di situ tidak berjaya apabila pihak media berjaya menjejakinya yang pulang menaiki sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.

Dari dalam kereta, Saiful Apek yang memakai baju lokap berwarna jingga bertindak mengiringkan badannya serta menundukkan kepala di tempat duduk belakang apabila jurukamera merakamkan gambarnya.

No comments:

Post a Comment

Follow Me!
Get this widget here